Air Mata Agong Lambang Kasih Seorang Anakanda

PEKAN, 23 Mei – Keperibadian dan kasih seorang anakanda yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyentuh hati semua yang berada di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 10.40 pagi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, meruntun hati semua yang berada di […]

» Read more

Mampukah Anwar Bela Islam Sedangkan ‘Ghanimah’ Perang Politik PRU-14 Dikuasai Dap…

  PASIR SALAK, 23 Mei – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman berkata, beliau menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin dikenali sebagai pemimpin negara yang memiliki keyakinan teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak dan dalam masa sama, ingin dikenali sebagai pemimpin yang sangat prihatin terhadap orang bukan Islam kerana ini satu […]

» Read more

Matrikulasi: Kerajaan PH Perlu Tegas Dan Tidak Berkompromi Dengan Desakan Mana-mana Pihak

KUALA LUMPUR, 23 Mei – UMNO Bahagian Shah Alam menyeru agar kerajaan pusat tegas dan tidak berkompromi berhubung kontroversi yang timbul sejak akhir-akhir ini berhubung pengambilan pelajar Matrikulasi. Ketuanya, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata sebagai tonggak Barisan Nasional (BN), UMNO istiqamah dalam memastikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera serta semua kaum dilaksanakan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial antara kaum […]

» Read more

Bumi Pahang ‘Menangis’ Sambut Kepulangan Sultan Ahmad Shah

KUANTAN, 22 Mei – Bumi Pahang seakan ‘menangis’ menyambut kepulangan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat di ibu negara hari ini. Sejak petang tadi, cuaca mendung, sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan di sini, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) […]

» Read more

Ahmad Zahid Teruskan Program Tahunan Ramadan Bersama Rakyat

BAGAN DATUK 22 Mei – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meneruskan program tahunan pada bulan Ramadan bersama masyarakat di sini pada majlis tadarus al-Quran hari ini. Beliau yang merupakan Ahli Psarlimen Bagan Datuk berkata, beliau tetap bersemangat untuk hadir dalam program tahunan yang diadakan bersama penduduk sejak dahulu lagi. Menurutnya, program sedemikian akan tetap diteruskan […]

» Read more

PH Tersepit Antara Tunai Janji Yang Tak Munasabah Dengan Realiti Sebenar PTPTN

Pada hemat saya, Kerajaan PH sedang mencari alasan mahu melaksanakan “beberapa pendekatan yang mereka tentang” sebelum ini setelah menyedari realiti dan kedudukan sebenar bila mengambilalih PTPTN. Sekarang mereka baru menyedari banyak pendekatan BN dulu adalah tepat. Namun kerana terikat dengan janji tidak munasabah yang ditabur, ia menjadi sukar pada PH. 2. Ketika ini, PH hanya menyambung sahaja apa yang BN […]

» Read more

Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Rakyat Pahang Terasa Kehilangan

TEMERLOH 22 Mei – Kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah amat dirasai oleh rakyat di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, Almarhum sememangnya terkenal sebagai raja yang sangat pemurah, sentiasa memgambil berat tentang kebajikan rakyat. Katanya, Almarhum Tuanku yang memperkenalkan istilah “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” adalah seorang raja […]

» Read more

Sultan Haji Ahmad Shah Mangkat

KUANTAN 22 Mei – Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Berikut kenyataan rasmi Kerajaan Negeri Pahang. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al […]

» Read more

Kenyataan Maulizan Tidak Mewakili Akar Umbi – Pemuda Tebrau

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal berkata kenyataan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Maulizan Bujang berhubung Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi harus teruskan bercuti dan tidak kembali mengepalai UMNO tidak mewakili suara akar umbi UMNO bahagian tersebut. Memetik kenyataannya menerusi Facebook beliau, Fauzi menjelaskan tiada keperluan untuk mengganggu Presiden yang sedang bercuti dari […]

» Read more

Zahid Dan ‘Bossku’ Iftar Jamaie Bersama Rakyat Melaka

TANGGA BATU, 21 Mei – Majlis berbuka puasa ‘Iftar Jamaie’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama pelajar tahfiz dan rakyat malam ini berlangsung dengan penuh bermakna bagi masyarakat setempat. Kehadiran kedua-dua pemimpin parti pada jam 7 petang itu dilihat amat dinanti-nantikan oleh ribuan rakyat di mana hadirin […]

» Read more
1 … 2,267 2,268 2,269 2,270 2,271 … 2,371