Kes Kematian Adib Mesti Diurus Secara Telus, Jangan Putar Belit – Zahid

KEPONG, 22 Jun – Kes kematian anggota bomba Adib Mohd Kassim pada rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya 27 November tahun lalu, mesti mendapat pembelaan secukupnya daripada kerajaan, khasnya pejabat Peguam Negara. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosiding inkues kes itu mestilah dibuat secara telus dan tidak diputar-belit kerana ia membabitkan ‘Rule of Law’ kerajaan […]

» Read more

Latheefa Koya Mula Tunjuk Belang, Jangan Kuburkan Prinsip ‘Rule Of Law’

KUALA LUMPUR, 22 Jun -Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang juga bekas ahli majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar untuk gali semula tujuh kes berprofil tinggi melibatkan rakan-rakan pimpinan PH yang dikuburkan. Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohamad Hamidi Baharuddin berkata kalau siasat UMNO boleh, kenapa tidak siasat kes pengakuan ‘rasuah’ Azmin Ali oleh individu bernama […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Bapa Razali Ibrahim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Razali Ibrahim atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau awal pagi tadi. Dalam status di Facebook, Razali yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar memaklumkan bapanya, Haji Ibrahim Ahmad telah meninggal dunia awal pada jam 1.24 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah […]

» Read more

UMNO Ucap Selamat Bermuktamar, Sambut Baik Aspirasi Muafakat Berpolitik

KUANTAN, 21 Jun – Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pemimpin dan ahli PAS yang memulakan persidangannya hari ini. Katanya, semoga Muktamar PAS pada tahun ini membuahkan kebaikan serta cetusan idea yang bernas demi kemaslahatan semua. “Saya dan beberapa rakan pemimpin UMNO berpeluang hadir dan mendengar penyampaian ucapan Dasar Presiden […]

» Read more

Beku Akaun: UMNO Sedia Kemuka Hujah, Alasan Di Mahkamah

KUANTAN, 21 Jun – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO bersedia untuk mengemukakan hujah di mahkamah agar akaun milik parti yang dibekukan dikembalikan. “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat prosedur mengikut lunas undang-undang. “Dan kita UMNO pula perlu mengemukakan hujah mengapa duit tersebut perlu dipulangkan kepada kita,” katanya kepada media selepas menghadiri […]

» Read more

Cadangan Pindaan Perlembagaan UMNO Bukanlah Untuk Singkir Sesiapa, Tegas Tok Mat

KUANTAN, 21 Jun – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak timbul soal mahu menyingkirkan sesiapa malah tidak wujud sebarang hasrat ke arah itu berhubung cadangan pindaaan Perlembagaan UMNO. Sebaliknya tegas beliau ahli parti akan diberikan ruang secukupnya kerana UMNO adalah hak ahli parti dan sebarang keputusan mengenainya dibuat menerusi mesyuarat agung luar […]

» Read more

Menteri PH Diminta Adil, Pendekkan Tempoh Perkhidmatan NC UMS Yang Cemerlang Tak Munasabah

KOTA KINABALU, 21 Jun – UMNO Sabah merasa terkejut dan kecewa dengan berita tempoh perkhidmatan Prof Datuk Dr Kamarudin Mudin akan dipendekkan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS). Justeru itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata UMNO Sabah mendesak Menteri Pendidikan tidak membuat keputusan memendekkan tempoh perkhidmatan Dr Kamarudin kerana merupakan anak jati negeri Sabah […]

» Read more

UMNO Rakam Tahniah Dan Terima Kasih, Lihat Ucapan Presiden PAS Bersamaan Konsep ‘Taawun’

KUANTAN, 21 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa melihat ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Muktamar parti itu sangat bersamaan dengan apa yang dilakukan hari ini dan ianya akan diberikan perhatian yang penting. Sambil mengucapkan tahniah dan terima kasih atas jemputan kepada UMNO untuk menghadiri Muktamar tersebut, beliau seterusnya menambah Presiden PAS […]

» Read more

Jangan Biar Tangan Ghaib Musnahkan Perpaduan Ummah

BESUT, 21 Jun – Pergerakan Wanita UMNO akan berusaha memastikan Perpaduan Ummah dan kerjasama dengan Pas menjadi lebih mantap bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Naib ketua pergerakan itu, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, semua pihak dalam UMNO termasuk sayap-sayap mesti berwaspada dengan ‘tangan-tangan ghaib’ kalangan pihak yang sentiasa mencemburui ‘keintiman’ hubungan itu. Katanya, hubungan yang […]

» Read more

Adakah Tragedi Di Sungai Kim-Kim Akan Berulang Kembali? – Hairi

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata sewajarnya Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bertanggungjawab dan mempercepatkan siasatan yang berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang. Kata Hairi, sepatutnya Sahruddin mempercepatkan siasatan berkenaan dengan mencari punca dan bukannya mengatakan kepada rakyat jangan khuatir dan risau dengan apa yang berlaku […]

» Read more
1 … 2,252 2,253 2,254 2,255 2,256 … 2,371