Pencemaran Gas Di Pasir Gudang, Kerajaan PH Tak Ambil Pengajaran

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berasa cukup sedih dan kecewa apabila mengetahui kejadian kali ke-2 melibatkan pencemaran gas dan kimia sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar sekolah di Pasir Gudang. Katanya, sehingga ke hari ini, lebih 15 buah sekolah terkesan melibatkan sejumlah besar pelajar sekolah di Pasir Gudang telah mengalami masalah […]

» Read more

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir … Perkukuhkan Kerjasama UMNO-PAS

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik, hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, ini gambaran kebimbangan beliau dengan kerjasama yang mampu menggugat Pakatan Harapan (PH). “Justeru, saya fikir jangan dihirau […]

» Read more

Isu Sekolah Vernakular: Tak Perlu Lapor Polis, Rujuk Perlembagaan

BANGI, 24 Jun – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Afif Farhi Othman menimbulkan persoalan kepada Pengerusi Dap Perak, Nga Kor Ming apakah Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu tidak tahu bahawa sekolah vernakular tidak termaktub di dalam perlembagaan negara. Lontarnya juga, adakah Kor Ming sedar bahawa kerajaan boleh menukar dasarnya yang sedia ada demi memastikan perpaduan negara. “Bagaimanakah pemimpin cauvinis Dap ini […]

» Read more

PH Defisit Sokongan… Kepercayaan Rakyat Makin Tipis – Najmil

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Mohd Faiz berkata sejak memegang tampuk kerajaan pada 9 Mei 2018 yang lalu sehingga ke hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal melaksana manifesto yang telah dijanjikan, malah telah dilihat merosakkan insitusi pentadbiran awam yang selama ini menjadi elemen semak dan imbang seperti SPRM melalui lantikan […]

» Read more

Mukhriz Jawab ‘Tak Tahu’ Tun M Boleh Diterima… Tapi Kenapa Jawapan Sama Dari Najib Tidak Diterima?

ALOR SETAR, 24 Jun – Jika dulu Tun Mahathir Mohamad pernah menolak apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jawapan ‘tidak tahu’ di dalam isu SRC International Sdn. Bhd maka bagaimana pula kini Tun boleh menerima jawapan sama yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkaitan dana 1MDB yang disalurkan ke akaun UMNO Kedah? […]

» Read more

Mujahid, Jangan Politikkan Kursus Haji… Tubuh RCI TH Jika Yakin Benar, Cabar Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi menempelak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mempolitikkan kursus ibadat haji. “Hentikanlah mempolitikkan Kursus Perdana Haji. Biarkan bakal-bakal jemaah memfokuskan kepada hal-hal berkaitan penyempurnaan ibadah haji dan bukannya dipaksa mendengar ceramah politik Kekanda mengapi-apikan perbalahan dan prejudis. “Kadang-kadang terdetik, […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Jujur, Kongsi Fakta… Penduduk Berhak Dinasihati Langkah Dan Prosedur Kesihatan

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak untuk bertindak jujur dan segera berkongsi fakta mengenai krisis yang sedang berlaku di Pasir Gudang. Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Noor Azleen Ambros berkata rakyat berhak dimaklumkan mengenai langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang perlu mereka ambil untuk mengelakkan dari risiko terdedah kepada pencemaran. “Rakyat juga berhak untuk mendapatkan nasihat daripada […]

» Read more

Tiada Maaf Bagi Kebodohannya, Ekonomi Makin Teruk… Menteri Kewangan Sila Letak Jawatan!

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun menyeru rakyat Malaysia dan semua ahli Parlimen mendesak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meletak jawatan dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggantikannya dengan orang lain yang lebih layak. Ini kerana katanya, Guan Eng terbukti tidak berkelayakan, sering keliru dan memanipulasi angka serta tidak mampu menjaga kemakmuran negara. […]

» Read more

Jom Jadi Ahli Keluarga UMNO, Daftar ‘Online’ Pun Boleh…

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sesuai dengan peredaran zaman kini maklumat di hujung jari, UMNO melangkah ke hadapan dengan mengaktifkan permohonan keahlian parti secara dalam talian (online). Kini di mana-mana sahaja, warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas amat mudah untuk menjadi ahli keluarga besar UMNO. Selain melalui kaedah konvensional, keahlian secara ‘online’ boleh dicapai […]

» Read more

UMNO Mantapkan Ahli Akar Umbi Untuk PRU-15

SUNGAI PETANI, 24 Jun – Ahli UMNO termasuk sayap wanitanya di seluruh negara perlu menyelesaikan krisis dalaman di kesemua 191 bahagiannya terlebih dahulu sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), nanti. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, perkara tersebut perlu menjadi keutamaan ahli parti selepas mereka kini bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan PAS. Menurutnya, usaha memantapkan […]

» Read more
1 … 2,250 2,251 2,252 2,253 2,254 … 2,371