Latheefa Koya Mula Tunjuk Belang, Jangan Kuburkan Prinsip ‘Rule Of Law’


KUALA LUMPUR, 22 Jun -Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang juga bekas ahli majlis pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar untuk gali semula tujuh kes berprofil tinggi melibatkan rakan-rakan pimpinan PH yang dikuburkan.

Ketua Pemuda UMNO Lenggong, Mohamad Hamidi Baharuddin berkata kalau siasat UMNO boleh, kenapa tidak siasat kes pengakuan ‘rasuah’ Azmin Ali oleh individu bernama Haziq yang tular.

“Kenapa senyap? Atau ‘disenyapkan’. Bagaimana dengan kes rasuah dalam pemilihan PKR baru-baru ini yang Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri dedahkan? Sudah lupa?

“Saranan saya untuk beliau, ‘move on or move out’. Jangan politikkan badan yang seharusnya telus dan bebas.

“Tidak mahukah Latheefa Koya menjadi juara di mata hati rakyat? Jangan kuburkan lagi prinsip Rule Of Law, hidupkan ia, biarkan ia bernyawa,” tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Katanya, sehari selepas mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir, Latheefa Koya mula mengorak strategi jahat serangan berunsur politik atas nama SPRM.

“Jelas hari ini, senarai syarikat dan individu yang dikeluarkan SPRM adalah berkaitan UMNO Negeri dan Bahagian.”

Soalnya, apakah rancangan ini yang dirangka dalam perjumpaan tempoh hari?

“Drama bersiri slot akasia, sudah boleh saya baca ‘plot’ ceritanya. Pengarah dan barisan pelakon ‘antagonis’ juga dapat kita kenal pasti.

“Mantera 1MDB bagaikan seutas tasbih Kerajaan PH, diratib berterusan. Jika niatnya bermain silap mata bagi mengaburi mata rakyat akan krisis dalaman parti-parti komponen dan scandal yang menyelubungi PH, mereka salah ‘taman permainan’.”

Katanya, rakyat sudah celik, ‘no more gula-gula’ kerana rakyat tidak bodoh dan Melayu tidak lupa.

“Saya cabar Puan Latheefa Koya gali semula tujuh kes berprofil tinggi melibatkan rakan-rakan pimpinan PH yang dikuburkan sepertimana disenaraikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia bertarikh 9 Jun 2019 lalu.

“Biar rakyat menilai samada kerja beliau ‘without fear or favour’.

“Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan,” katanya lagi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.