UMNO Rakam Takziah, Bapa Razali Ibrahim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Seluruh kepimpinan UMNO dan ahli merakamkan ucapan takziah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Razali Ibrahim atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau awal pagi tadi.

Dalam status di Facebook, Razali yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar memaklumkan bapanya, Haji Ibrahim Ahmad telah meninggal dunia awal pada jam 1.24 pagi tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Dimaklumkan juga, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pagi ini jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Seri Menanti, Muar.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. – MediaUMNO.