Beku Akaun: UMNO Sedia Kemuka Hujah, Alasan Di Mahkamah

KUANTAN, 21 Jun – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO bersedia untuk mengemukakan hujah di mahkamah agar akaun milik parti yang dibekukan dikembalikan.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) buat prosedur mengikut lunas undang-undang.

“Dan kita UMNO pula perlu mengemukakan hujah mengapa duit tersebut perlu dipulangkan kepada kita,” katanya kepada media selepas menghadiri Muktamar PAS Ke-65, di sini hari ini.

Tambah Mohamad masing-masing menjalankan tanggungjawab dan apabila tiba di mahkamah kedua-dua pihak akan berhujah.

“Jadi mereka jalankan tanggungjawab mereka dan kita jalankan tanggungjawab kita. Kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah di mahkamah untuk mendengar hujah siapa yang boleh diberikan keputusan yang baik,” ujarnya.

Pada masa sama katanya, satu surat berserta alasan telah dihantar kepada pihak SPRM bagi tujuan sama. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.