Kerajaan PH Jelas Tidak Menghormati Kedaulatan Undang-Undang Serta Raja-Raja Melayu


KUALA LUMPUR, 12 Julai – Jika semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi ada mempersoalkan di manakah pendirian Pakatan Harapan (PH) semasa Raja dihina kerana pemimpin Dap, PKR serta AMANAH begitu bersungguh dalam bersolidariti untuk pendakwah bebas Wan Ji yang berbukti bersalah menghina institusi Raja.

Pada hari ini, Wan Ji Wan Hussin berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan penangguhan hukuman penjara atas kesalahan menghasut dan hal ini sejurus selepas Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membincangkan mengenai hukuman penjara setahun di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Wan Ji Wan Hussin.

Persoalannya, mengapakah perlunya campur tangan politik dalam hal ini dan tindakan PH telah mencemarkan kedaulatan undang-undang serta institusi kehakiman negara, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris

“Tiada rasionalnya pemimpin PH melindungi Wan Ji kerana terbukti bersalah dibawah Akta Hasutan. Kini, PH menuntut supaya Akta Hasutan dihapuskan supaya boleh memberi lagi ruang dan kebebasan kepada kelompok radikal dan liberal bersuara di Malaysia,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tegasnya, hari ini jelas di mata rakyat bahawa kerajaan PH tidak melindungi kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menjejaskan konsep pemisahan kuasa yang didukung selama ini serta menghakis keharmonian negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.