Himpunan Meterai Piagam PAS, UMNO Detik Bersejarah

KANGAR 5 Sept. – Himpunan memeterai Piagam Muafakat Nasional antara Pas dan UMNO pada 14 September depan bakal mencatatkan sejarah baharu dalam arena politik negara, apabila bersatunya dua parti terbesar orang Melayu Islam yang sekian lama bertelagah. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, selepas puluhan tahun bergaduh selain pertembungan politik yang cukup lama akhirnya penyatuan ummah ini menjadi kenyataan. […]

» Read more

Tiada Maklumat Hishammuddin Disiasat Lembaga Disiplin – Mohamad

SEREMBAN 5 Sept. – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang siasatan oleh Lembaga Disiplin parti itu terhadap bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas dakwaan salah laku. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO berkata, secara lazimnya lembaga itu akan merujuk kepada jawatankuasa tersebut sekiranya terdapat prima facie dalam sesuatu kes yang […]

» Read more

Persiapan Lancar, Lebih 10,000 Bakal Berhimpun Jayakan #HPU914

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Persiapan Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) yang bakal berlangsung bermula 13-14 Sept nanti lancar. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, secara keseluruhan lebih 70 peratus persediaan telahpun selesai dan beberapa perkara lagi sedang dalam pelaksanaan yang akan siap sepenuhnya pada tarikh berkenaan. “Setakat ini persiapan yang kita jalankan lancar… semua pihak memainkan peranan yang […]

» Read more

Taa’wun UMNO-PAS Tidak Hanya Tumpu Kepada Dua Parti, Ruang Lingkup Menyeluruh – Annuar

POKOK SENA, 5 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan Taa’wun antara parti itu dan PAS tidak hanya tertumpu untuk dua parti berkenaan sebaliknya akan terus disemarakkan untuk kepentingan seluruh rakyat dan negara. Menurut beliau kerjasama tersebut bukanlah strategi politik semata-mata malah jauh lebih daripada itu serta meluas dan 14 September ini merupakan hari paling bersejarah yang […]

» Read more

Rakyat Sabah Juga Mahu Diutamakan, Kempen Beli Barangan Bumiputera Bukan Rasis

KUALA LUMPUR 5 September – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menegaskan bahawa kempen mengutamakan beli barangan Bumiputera bukan rasis sebagaimana dakwaan segelintir pihak. Katanya, sudah tentu ini bukannya boikot kepada barangan keluaran lain tapi ianya cuma memberi pilihan kepada pembeli untuk membeli barangan dari pengeluar bumiputera. “Di Sabah perkara ini amat disambut baik sekali kerana […]

» Read more

Himpunan Penyatuan Ummah Di Kedah Meriah, Kerjasama UMNO-PAS Penuh Keakraban

POKOK SENA, 5 Sept – Menjelang Himpunan Penyatuan Ummah minggu depan yang akan menyaksikan tandatangan piagam antara UMNO dan PAS, himpunan penyatuan ummah peringkat negeri Kedah berlangsung dalam suasana muhibbah dan penuh keakraban. Duduk sepentas pada ceramah berkenaan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa serta barisan kepimpinan negeri Kedah kedua-dua parti berkenaan. Ceramah […]

» Read more

#HPU914: Wakil Kerajaan Akan Dijemput Dengar Sendiri Taa’wun UMNO-PAS, Jangan Salah Tafsir – Annuar

POKOK SENA, 5 Sept – Semua wakil parti-parti politik di dalam kerajaan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Tandatangan Piagam Taa’wun antara UMNO dan PAS 14 September ini dalam usaha memberikan kefahaman yang sebenar terhadap perkara berkenaan. Perkara itu menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ianya telah mendapat persetujuan PAS memandangkan usaha berkenaan sering disalah tafsir serta difitnah dengan […]

» Read more

Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zhid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam. “Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu serta dugaan daripada Allah SWT. Saya juga mengharapkan pihak TDM menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam mengetahui punca […]

» Read more

Pahang Wujud Jabatan Wanita Negeri Bantu Aspek Pembangunan

TEMERLOH, 5 Sept – Kerajaan negeri Pahang mewujudkan Jabatan Wanita Negeri bagi merancakkan dan membantu aspek pembangunan kaum Hawa khususnya di kawasan luar bandar. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata secara dasarnya jabatan itu melibatkan 11 perjawatan dan akan bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baharu ditubuhkan iaitu Majlis Wanita Negeri Pahang. Majlis Wanita itu […]

» Read more

Jawab Balas Kepada YB Sheikh Umar, Ada Kepalsuan Yang Cuba Ditegakkan

DALAM kelatahan YB Sheikh Umar Bagharib Ali mengenai artikel “Apa yang baru dengan Malaysia Baru”, beliau beranggapan bahawa pelbagai perkembangan yang memberangsangkan telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Semuanya hebat dan besar. Saya tidaklah mahu menyenaraikan satu persatu janji-janji Pakatan Harapan yang masih lagi tidak ditunaikan. Apatah lagi penipuan kelayakan, pertuduhan jenayah seks atau pelbagai contoh sikap cauvinis wakil […]

» Read more
1 … 2,191 2,192 2,193 2,194 2,195 … 2,372