Ahmad Zahid Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zhid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, yang meninggal dunia ketika melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah, semalam.

“Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi suasana pilu serta dugaan daripada Allah SWT. Saya juga mengharapkan pihak TDM menjalankan siasatan secara menyeluruh dalam mengetahui punca sebenar berlakunya kejadian yang tidak diingini ini dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang,” katanya dalam ucapan ringkasnya menerusi Facebook beliau.

Allahyarham Mohd Zahir meninggal dunia selepas terkena tembakan dalam demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada 9.28 pagi.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL – FATIHAH – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.