Ab Rauf Optimis Lendu Kekal Jadi Penyumbang Kerusi BN

LENDU, 11 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu mampu menyumbang satu kerusi daripada lima kerusi yang dipertandingkan di Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, jentera BN di seluruh Parlimen Masjid Tanah telah diteliti dan […]

» Read more

UMNO Tegas Pertahan Titah Agong, Hormati Kuasa Pengampunan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – UMNO menegaskan pendirian untuk mempertahankan kemuliaan dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong serta Institusi Raja-Raja Melayu susulan ketegasan titah Seri Paduka Baginda berhubung pelaksanaan pengampunan bersyarat yang membawa kepada tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu merafak sembah menjunjung kasih kepada […]

» Read more

Iktibar Isu Najib, Pertahan Kedaulatan Undang-undang

TANJUNG BIDARA, 11 Nov – Prinsip kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu menjadi keutamaan semua pihak, bukannya menjadikan isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai polemik atau medan percaturan politik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, beliau menyokong pendirian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid […]

» Read more

Kekalkan Mandat BN, Teruskan Agenda Hab TVET Negara Di Melaka

MELAKA, 11 Nov – Hasrat menjadikan Melaka sebagai hab Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) negara menjadi antara agenda yang mahu diteruskan sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) terus diberikan mandat mentadbir negeri itu. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, iltizam itu bertujuan melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang menjadi rebutan industri, bukan sekadar […]

» Read more

Kerajaan Putus LPT3 Dilaksana Secara Penswastaan

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Kerajaan telah memutuskan supaya projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) dilaksanakan secara penswastaan dengan kaedah Kerjasama Awam-Swasta (PPP). Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, kementerian telah melaksanakan kajian awalan untuk menilai kesesuaian pembangunan LPT3 dengan mengambil kira pelbagai aspek. “Untuk makluman, Kementerian Kerja Raya prihatin terhadap keperluan pembangunan LPT3 yang […]

» Read more

Jangan Ragu Beri Mandat Baharu Kepada BN – Mohamad Hasan

JASIN, 11 Nov – Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau supaya keluar mengundi pada 14 November ini bagi memilih wakil rakyat yang akan membawa suara dan menjaga kebajikan mereka di peringkat kerajaan negeri. Beliau berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan proses demokrasi biasa selepas tamat […]

» Read more

PRN Melaka: Semangat Anak Muda Duyong Petanda Positif Buat BN

DUYONG, 11 Nov – Kehadiran ribuan anak muda pada program Jelajah Esports Melaka Biru 2026 di Duyong mencerminkan sambutan positif golongan belia terhadap pendekatan Barisan Nasional (BN) dalam mendekati generasi muda menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang. Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau teruja melihat semangat anak-anak muda Duyong […]

» Read more

Prinsip Keadilan Perundangan Perlu Dipertahan – Ahmad Maslan

TANJUNG BIDARA, 11 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan bahawa prinsip keadilan dan kebenaran perlu menjadi asas dalam setiap proses perundangan, termasuk perkara membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, tindakan yang berlaku pada Jumaat lalu menyusul selepas ratusan laporan polis dibuat, […]

» Read more

Kerjasama BN-PN Makin Kukuh, Petanda Positif Pertahan Taboh Naning – Mohd Isam

TABOH NANING, 10 Nov – Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menyifatkan kerjasama erat antara jentera Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning semakin memperlihatkan kekuatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Menurut beliau, komitmen dan kesepaduan kedua-dua jentera parti yang semakin terserlah di lapangan menjadi petunjuk positif terhadap […]

» Read more

Manfaatkan Baki Tempoh Kempen, Terus Dekati Pengundi – Sharkar

JASIN, 10 Nov – Seluruh jentera Barisan Nasional (BN) perlu memanfaatkan sepenuhnya baki tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mempergiat usaha mendekati pengundi serta memastikan kerjasama dan muafakat antara satu sama lain terus diperkukuh sehingga wisel penamat ditiup pada jam 12 tengah malam Sabtu ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, semangat […]

» Read more
1 … 19 20 21 22 23 … 2,385