Cikgu Rosli Lebih ‘Qawi’ Berbanding Pihak Lawan Di DUN Kuala Linggi

KUALA LINGGI, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah dilihat lebih ‘qawi’ berbanding pihak lawan, ujar Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ampang Mohamad Anas Mohamad Naem. Ujarnya, penyandang kerusi itu yang juga dikenali dengan panggilan Cikgu Rosli atau Tok Li terbukti berpengalaman sebagai wakil rakyat dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik […]

» Read more

Pentas Sepentas BN-PN Manifestasi Kerjasama Hingga Akar Umbi – Noor Azleen

KOTA MELAKA, 10 Nov – Kesediaan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berkongsi pentas pada Pentas Gelombang Biru memperlihatkan perkembangan kerjasama yang bukan hanya berlaku di peringkat kepimpinan tertinggi, malah mula melibatkan akar umbi. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, momentum kerjasama dan penyatuan ummah antara BN dan PN perlu dikekalkan serta dibuktikan menerusi Pilihan […]

» Read more

PRN: Nilai Prestasi Kerajaan Negeri Berdasarkan Fakta – Wan Rosdy

ALOR GAJAH, 10 Nov – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru pengundi Melaka supaya menilai prestasi dan pencapaian kerajaan negeri berdasarkan fakta serta perkembangan pembangunan yang telah dilaksanakan. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) juga medan untuk membincangkan hala tuju pembangunan negeri pada masa hadapan. “Ini adalah PRN jadi sepatutnya tumpuan […]

» Read more

Penyatuan UMNO-PAS Jawab Keletihan Politik Melayu, Bina Kestabilan Negara

MELAKA, 10 Nov – Penyatuan UMNO dan PAS dilihat sebagai satu langkah penting dalam menangani keletihan masyarakat Melayu terhadap perpecahan politik, selain membuka ruang kepada pembentukan kestabilan politik yang lebih mampan di negara ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, perubahan landskap politik Malaysia serta perkembangan geopolitik dunia antara faktor yang mendorong keperluan kepada kerjasama […]

» Read more

BN Asas Pembangunan Melaka, Teruskan Kesinambungan – Ahmad Shabery

MELAKA, 10 Nov – Pelbagai perancangan pembangunan yang dimulakan Barisan Nasional (BN) ketika menerajui kerajaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang untuk membawa Melaka menjadi negeri yang lebih maju dan berdaya saing. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kesinambungan dasar dan projek pembangunan amat penting supaya perancangan yang telah dibuat dapat disempurnakan serta […]

» Read more

PRN Melaka: 31 Pusat Mengundi Awal Dibuka Jam 8 Pagi

MELAKA, 10 Nov – Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dibuka tepat 8 pagi ini bagi membolehkan 12,531 pasukan keselamatan bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka. Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sejumlah 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Kesemua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat […]

» Read more

PRN Melaka: Ahmad Zahid Ucap Selamat Mengundi Kepada Pengundi Awal

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh pengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan menunaikan tanggungjawab mereka esok. Beliau berkata, pengundian awal merupakan peluang kepada anggota keselamatan dan semua pengundi yang layak untuk menentukan hala tuju negeri Melaka bagi tempoh lima tahun akan datang. Sehubungan itu, […]

» Read more

Aduan Rakyat Bukan Sekadar Didengar, Mahu Penyelesaian – Abdul Hakim

LENDU, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid menegaskan komitmennya untuk memberi keutamaan kepada penyelesaian masalah rakyat, khususnya berkaitan pembangunan setempat dan isu banjir sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini. Menurut beliau, baki hari kempen akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus mendekati dan menyantuni […]

» Read more

‘Jangan Mudah Terpengaruh Permainan Politik Media Sosial’

HANG TUAH JAYA, 9 Nov – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan berharap pengundi untuk lebih berhati-hati dan bijak menilai isu yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata ini kerana tidak semua maklumat yang disebarkan di media sosial menggambarkan keadaan sebenar. “Rakyat kena berhati-hati dengan permainan […]

» Read more

Manifesto BN Realistik, Komitmen Boleh Ditunaikan – Abdul Razak

KOTA MELAKA, 9 Nov – Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai tawaran realistik dan berteraskan keperluan rakyat, dengan komitmen yang diyakini mampu dilaksanakan sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan negeri. Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, manifesto berkenaan merangkumi pelbagai inisiatif yang memberi manfaat secara […]

» Read more
1 … 21 22 23 24 25 … 2,385