UMNO Sabah Terus Bantu Rakyat Terjejas COVID-19 – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memaklumkan bahawa penghantaran fasa pertama bantuan barang-barang makanan kepada mereka yang memerlukan akibat pengawalan pergerakan untuk memerangi jangkitan wabak COVID-19 telah dilaksanakan.

Katanya, sebelum ini UMNO Sabah telahpun mula menggerakan jentera untuk membantu ‘frontliners’ seperti hospital, pelajar-pelajar dan lain-lain penguatkuasa yang terlibat.

“Barang-barang berbentuk makanan dan sabun, dan untuk ‘frontliners’, UMNO Sabah menyediakan penutup mulut dan hidung serta sanitizer,” katanya dalam kenyataan menerusi facebook beliau.

Jelas beliau, fasa pertama penghantaran barangan bantuan tersebut bermula di bahagian Sepangar, Sandakan, Batu Sapi, Beluran, Lahad Datu, Tawau, Kelabakan dan Semporna.

“Kami faham bantuan ini memang tidak membawa apa-apa perubahan kepada mangsa yang menghadapi kesusahan apa pun sekurang-kurangnya kami UMNO Sabah ingin menyatakan yang kami membantu secara ikhlas dan yang termampu oleh kami (UMNO Sabah).”

Terangnya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, bantuan ini merentasi segala kepercayaan politik dan sebagainya, dan bantuan ini harus dibahagi-bahagikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan kepimpinan negeri lain yang sudi membantu.

“Terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman kerana sudi membantu UMNO Sabah dalam perkara ini, Datuk Yakub Khan Timbalan Ketua UMNO Sabah, dan yang lain-lain serta terima kasih juga kepada Seketariat UMNO Sabah yg telah berkerja keras dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan ini dapat dijayakan.

“Ingat, sama-sama kita membantu kerajaan dalam memerangi masuh yang tidak boleh kita rasa dan lihat. Apa yang perlu kita lakukan jangan keluar dari rumah, ‘stay safe at home’,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.