Penghargaan Kepada Kerajaan, ‘Frontliners’… Peranan Kita Hentikan COVID-19 – Norsabrina

ALOR SETAR, 2 April – ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, penghargaan harus diberikan kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan semua ‘frontliners’ di kesemua kementerian termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ekoran kawalan rantaian penyebaran wabak COVID-19 terkini.

Namun, tegasnya, cabaran yang berat masih terbentang di hadapan harus dihadapi oleh semua pihak berkuasa dan masyarakat.

“Adalah menjadi peranan kita untuk menghentikan rantaian penyebaran dan jangan meletakkan peranan lebih berat hanya kepada pihak PDRM dan ATM untuk terus memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi sehingga episod gelap ini berakhir,” katanya dalam kenyataan berkaitan perkembangan terkini pandemik COVID-19 kepada UMNO-Online.

Jelasnya, mengikut analisis epidemiology model yg dibuat oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) , bagi tempoh ‘Trajectory period’ 24 Mac 2020 berakhir 31 Mac 2020, kes positif hari ke hari dijangka naik sehingga 300 ke 400 kes sehari, manakala jumlah kes positif keseluruhan dijangka naik sehingga mencapai 4,000 kes.

“Realitasnya dari apa yang berlaku ialah, bilangan kenaikan kes hari-ke-hari masih terkawal di antara 100 kes 200 kes sehari.

“Manakala jumlah kes yg dijangkakan pada peringkat awal ialah 4,087 kes akan tetapi kes sebenar yang dicatatkan hanya 2,766 kes.

“Purata kes hari-ke-hari pula, pada awalnya dijangkakan naik sekitar 12.51% , akan tetapi kenaikan kes berjaya dikawal pada kadar hanya 7.49%.”

Secara amnya pula, terang beliau, kes positif Covid-19 di Malaysia sekitar 7%, lebih baik berbanding ‘benchmark’ dunia iaitu 9%.

“Ia menunjukkan kawalan rantaian penyebaran wabak Covid-19 dibuat pada masa yang tepat terutamanya ialah penguatkuasaan PKP dan keputusan untuk melibatkan pihak tentera sehingga mencapai tahap pematuhan 95% seluruh Malaysia.” – UMNO Online

#staysafeathome
#stopcovid19
#staystrongfrontliners

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.