Pendawaian Di Semua Hospital Di Seluruh Negara Akan Diperiksa

PEKAN, 29 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi keutamaan untuk melihat semula sistem pendawaian di hospital di seluruh negara bagi mengelak kejadian kebakaran seperti yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, semalam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, beberapa peruntukan juga telah diluluskan bagi tujuan berkenaan. “Kita memberi keutamaan untuk melihat sistem pendawaian di seluruh […]

» Read more

Pusat Undi Awal Siap Dinyahkuman – Bomba Chini

PEKAN, 29 Jun – Pasukan Bomba dan Penyelamat Chini bersiap siaga 24 jam untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan, sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, termasuk dalam hal membabitkan sanitasi nyahkuman membendung penularan COVID-19. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini Mohd Fadzirllah Zainal Abidin berkata, untuk pengundian awal esok, pasukannya telah melakukan operasi sanitasi nyahkuman […]

» Read more

Prinsip Rukun Negara Perlu Diamalkan, Dihayati – Belia

SEREMBAN, 29 Jun – Lima prinsip Rukun Negara perlu digenggam kemas setiap lapisan masyarakat kerana ia terbukti menjadi kunci kepada keutuhan perpaduan dan keharmonian antara kaum sejak sekian lama di negara ini. Itu adalah pandangan beberapa belia dan mereka turut menyifatkan penghayatan terhadap prinsip berkenaan adalah perlu bagi memastikan negara terus makmur, membangun dan berdaya saing serta gemilang di masa […]

» Read more

PRK Chini: 18 Anggota Polis Akan Mengundi Awal Esok

PEKAN, 29 Jun – Seramai 18 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, melibatkan anggota polis akan mengundi esok. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Bilik Maklumat, Balai Polis Chini. Katanya pusat pengundian awal akan dibuka bermula pukul 8 pagi […]

» Read more

Sultan Johor Biayai Kos Baik Pulih Wad HSA Yang Terbakar Semalam

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terbakar, petang semalam. Baginda bertitah akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). “Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, […]

» Read more

Beri Kemenangan Besar Kepada BN, Bebas Tiada Kekuatan Bawa Suara Rakyat – Dr Shamsul Anuar

PEKAN, 29 Jun – Pengundi diseru memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan menolak calon Bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, kata Pengerusi Akademi UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu, calon BN mempunyai cukup kekuatan yang didokong oleh parti dan disokong pula oleh […]

» Read more

Pengundi Jangan Mudah Terpedaya Taktik Simpati Calon Bebas – Noraini

PEKAN, 29 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad menasihati pengundi agar tidak mudah terpedaya jika wujud taktik simpati yang ditimbulkan oleh calon Bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Begitu juga kata Menteri Pengajian Tinggi itu, rakyat diseru agar tidak terpengaruh kepada janji-janji palsu yang ditimbulkan oleh mereka. “Kepada pengundi-pengundi di […]

» Read more

Jeffrey Kitingan Persoal Motif Dr Mahathir Pilih Shafie Apdal Sebagai Calon PM Pembangkang

KOTA KINABALU, 29 Jun – Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mempersoalkan motif Tun Dr Mahathir Mohamad mencalonkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang membentuk kerajaan. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berpendapat bahawa rancangan itu bukan sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan […]

» Read more

Hina Jata Negara: KDN Mesti Segera Ambil Tindakan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar pihak penulis, penyunting dan penerbit buku yang menghina Jata Negara disiasat serta diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa jika benar terbukti wujud motif untuk berlaku biadab dan menghina. Tegas Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Kementerian Dalam Negeri juga harus segera mengambil langkah menggantung penerbitan dan pengedaran buku tersebut […]

» Read more

COVID-19: Kes Baharu Kekal Angka Dua Digit

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada angka dua digit apabila 18 kes positif wabak itu dilapor hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif dalam negara sebanyak 8,634 kes dengan kebolehjangkitan 195 kes.  Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 18 kes itu, empat adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan […]

» Read more
1 … 1,998 1,999 2,000 2,001 2,002 … 2,372