Calon BN PRK Slim Tepat, Usaha Dipergiat Bantu Kekalkan Kemenangan


TANJUNG MALIM, 13 Ogos – Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim bertekad untuk sama-sama membantu parti dalam usaha mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim nanti.

Sehubungan itu, Ketuanya Mohd Amin Othman melihat pemilihan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohamad Zaidi Aziz sebagai calon BN pada PRK DUN berkenaan hujung bulan nanti amat bertepatan dan akan bekerjasama dengan pelbagai peringkat jentera dalam usaha memastikan kemenangan BN kelak.

“Pimpinan telah meletakkan Mohd Zaidi sebagai calon mewakili BN. Pada kita pemilihan calon terakhir adalah semuanya hebat, namun parti hanya memerlukan seorang sahaja wakil dan sebagai Ketua Pemuda Tanjung Malim saya amat berbesar hati dengan pilihan yang telah dibuat dan kita akan bekerja bersungguh-sungguh dengan seluruh kepimpinan parti di pelbagai peringkat sepanjang kempen nanti untuk membantu kemenangan BN nanti,” katanya.

Mohd Zaidi diumum sebagai calon BN untuk PRK DUN Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi UMNO Perak merangkap Pengarah PRK Slim, Datuk Saarani Mohamad dalam satu sidang media di Dewan Rajawali Felda Residence, Trolak, di sini petang Rabu.

Mohd Amin seterusnya menambah gerak kerja dalam membantu parti telah digerakkan sebelum ini lagi dan ianya akan dilipatgandakan sejurus kempen bermula.

“Gerak kerja telah lama kita laksanakan dan bukan sehari atau dua hari ini tetapi sebelum daripada ini lagi. Pertamanya kita mulakan kajian sikap pengundi muda lelaki bawah 40 tahun dan kita memperkemaskan lagi apa yang telah dilakukan oleh Wanita UMNO sebelum ini.

“Dan ini adalah antara perkara asas yang Pemuda lakukan selain daripada pelbagai tanggungjawab lain di Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan juga cawangan sekali. Soal logistik dan bahan kempen juga telah kita perkemaskan di peringkat PDM,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Puteri UMNO Tanjung Malim, Siti Zubaidah Abdul Rahim melihat Mohd Zaidi sememangnya seorang pemimpin yang berkelayakan dan amat sesuai sebagai calon BN pada PRK DUN Slim dan Puteri UMNO katanya akan berusaha sebaik mungkin membantu kempen kelak.

Kata beliau, debaran calon yang yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan akhirnya terungkai dan apa yang pasti selepas ini adalah untuk memastikan kemenangan calon BN tersebut.

“Alhamdulillah…berkelayakan dan seperti yang dijangkakan dan hilang debaran yang tertunggu sebelum ini.  Gerak kerja kita telah gerakkan bukan hanya pada waktu PRK malah sekarang ini pun kita dah siap siaga dan telah mulakan tugas yang telah diamanahkan kepada Puteri UMNO itu sendiri termasuklah soal teknologi maklumat dan sebagainya lagi.

“Program-program yang melibatkan pengundi muda sudah pasti akan digerakkan termasuklah pengundi luar. Kita akan cuba kenalpasti seramai mungkin,” ujarnya lagi. – UMNO Online.

Oleh: Azman Abas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di linktr.ee/umno #UMNOBangkit