Pasar Malam, Pasar Pagi Di WP Dibenar Beroperasi Bermula 15 Jun Ini

PUTRAJAYA, 6 Jun – Semua pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi bermula 15 Jun ini, tertakhluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini termasuk waktu operasi yang terhad bagi pasar pagi dan pasar terbuka (6 pagi hingga 11 […]

» Read more

Agong Zahir Sokongan Langkah Kerajaan Tangani COVID-19 Melalui PENJANA

KUALA LUMPUR, 6 Jun  – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai pelan menyeluruh kerana mengambil kira keluhan, keperluan dan kebajikan pelbagai lapisan masyarakat, industri serta perniagaan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap langkah kerajaan dalam menangani […]

» Read more

JPM, MOSTI Pacu Pembudayaan Sains Dan Agama Dalam Masyarakat- Zulkifli

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bakal mewujudkan kerjasama strategik dalam memacu inovasi bagi pembudayaan sains dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata empat perkara yang bakal disentuh antaranya ialah penyelidikan fatwa berhubung sains […]

» Read more

PENJANA: Belia Perlu Tangkas, Bangkit Ambil Peluang – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan kerajaan hari ini diharap dapat membantu golongan belia dalam menghadapi keresahan dan cabaran ekonomi susulan pandemik COVID-19. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata golongan belia perlu segera mengambil peluang daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan kepada mereka di bawah pelan itu. “Kepada kumpulan […]

» Read more

PENJANA Bukti Keprihatinan Kerajaan, Status PKPB Masih Jadi Tanda Tanya

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bakal memanfaatkan rakyat keseluruhannya menjadi bukti keprihatinan kerajaan namun orang ramai masih tertanya-tanya mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sama ada akan dilanjutkan atau tidak apabila ia tamat Selasa ini. Semua sedia maklum bahawa tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sebelum memperkenalkan PKPB […]

» Read more

Kerajaan Perak Bantu Gelandangan Peroleh Kerja – Dr Wan Norashikin

IPOH, 5 Jun – Kerajaan negeri Perak telah membantu seramai 10 daripada 89 gelandangan yang ditempatkan di Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Semasa COVID-19 negeri Perak, memperoleh pekerjaan. Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata kesemua mereka ditawarkan bekerja oleh majikan yang terdiri daripada pengusaha kedai mencuci kereta, pengusaha kedai makan serta pemilik […]

» Read more

Perang Menentang COVID-19: Menteri Kesihatan Jelajah Enam Negeri Untuk Perkasa Komuniti

PUTRAJAYA, 5 Jun – Program memperkasa komuniti ke arah meneruskan usaha menangani wabak COVID-19 dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan sejak 28 Mei hingga 3 Jun lalu. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bersama pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan lawatan ke enam buah negeri, sebagai program susulan di peringkat daerah itu yang melibatkan semua pihak berkuasa tempatan, agensi peringkat […]

» Read more

Pengendali Taska Diberikan Geran Untk Patuhi SOP

PUTRAJAYA, 5 Jun – Bagi meningkatkan kembali keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak ke taman asuhan kanak-kanak (taska), kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan turut memberikan e-baucar untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian. “Selain itu, insentif cukai […]

» Read more

COVID-19: Kes Baharu Kembali Dua Angka, Kes Sembuh Catat 80 Peratus

PUTRAJAYA, 5 Jun – Jumlah jangkitan kes positif COVID-19 baharu yang dilapor hari ini kembali turun kepada dua digit iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warganegara Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Bagaimanapun, terdapat satu kes kematian hari ini selepas 13 hari berturut-turut tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di […]

» Read more

Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional Selaras, Pantau Inisiatif Berkaitan Pekerja

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional untuk menyelaraskan dan memantau pelaksanaan kesemua inisiatif berkaitan pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia dengan dianggotai wakil-wakil daripada sektor swasta dan sektor awam yang berkaitan, katanya […]

» Read more
1 … 1,961 1,962 1,963 1,964 1,965 … 2,378