Seramai 81 Individu Ditahan Kerana Ingkar PKPP – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Seramai 81 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 59 individu telah dikompaun manakala 22 individu pula direman dengan kesalahan yang paling banyak dikesan ialah gagal menyediakan peralatan dan catatan keluar masuk pelanggan serta […]

» Read more

Kerajaan Hasrat Lahir Lebih Ramai Pakar Dalam Bidang Kesuburan – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang kesuburan untuk menjadikan negara sebagai antara destinasi pelancongan perubatan dan tempat rujukan rawatan kesuburan di rantau ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kewujudan Pusat Reproduktif Maju (ARC), di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pusat rujukan “onkofertility” pertama di Malaysia […]

» Read more

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 Dibentang

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. Rang undang-undang yang dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya bebas. Ia juga bagi mempertingkatkan integriti pasukan polis, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan menggalakkan keyakinan […]

» Read more

Jawatankuasa Khas Ditubuh Tangani Isu Perumahan Anggota Tentera – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Satu jawatankuasa khas bagi memberi tumpuan kepada perumahan anggota tentera di seluruh negara akan ditubuhkan, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata jawatankuasa khas berkenaan juga akan mengkaji setiap perjanjian projek perumahan anggota tentera. “Ada sesetengah kontrak perumahan itu telah ditandatangani selama lima hingga 10 tahun tetapi projek perumahan tidak bermula, […]

» Read more

KIDEX Dijangka Beroperasi 2023, Tarik Pelaburan RM17.5 Bilion – Hasni

JOHOR BAHRU, 26 Ogos – Kulai Iskandar Data Exchange (Kidex) di Sedenak yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2023, mampu menarik pelaburan berjumlah RM17.5 bilion menerusi syarikat yang berkaitan dengan pengurusan data dan perkomputeran. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata projek yang dimajukan TPM Technopark Sdn Bhd (TPM Technopark), iaitu sebuah syarikat milik Johor Corporation (JCorp) di tapak seluas 745 […]

» Read more

Pemutihan Tanah Haram Seluruh Pahang: Sharkar Percaya Dap Akan Jadi Api Dalam Sekam

KUANTAN, 26 Ogos – Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yakin dan percaya, Dap pastinya akan menjadi api dalam sekam membabitkan isu pemutihan tanah haram seluruh negeri Pahang. Tegasnya, mereka pasti akan menjadi pejuang kononnya membela nasib rakyat, sebagaimana dilihat dalam isu membabitkan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng sebelum ini, Dap […]

» Read more

Saya Akan Terus Rayu Undi… Kempen Bersemuka Yakinkan Pengundi – Zaidi

TANJUNG MALIM, 26 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz akan meneruskan pelbagai medium kempen khususnya secara bersemuka dengan menemui seramai mungkin pengundi dalam usaha merayu mereka agar memberikan undi kepada BN Sabtu ini. Menurut beliau, dengan tempoh berkempen yang semakin menghampiri hari mengundi, usaha tersebut terus ditingkatkan dan […]

» Read more

Rang Undang-Undang IPCMC, Pindaan Perlembagaan Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Dua rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) berkaitan perjawatan Perdana Menteri dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), ditarik balik daripada dibentang untuk bacaan kali kedua hari ini. Penarikan semula kedua-dua rang undang-undang itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan di bawah Peraturan Mesyuarat 62, Peraturan-peraturan […]

» Read more

Dap, PH Janji Berdentam-Dentum… Tiba-Tiba ‘Kantoi’ Tipu Manifesto – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Setiausaha Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, bukan soal betul atau salah cara pemberian kontrak rundingan terus yang dilakukan oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng tetapi apa yang ditekankan adalah soal janji Pakatan Harapan (PH) yang begitu lantang bersuara kononnya di bawah pentadbiran mereka tiada lagi ‘direct nego’ (runding terus) yang diamalkan. […]

» Read more

Ulang Tahun Ke-71 Pemuda UMNO: Teruskan Kebangkitan, Teguhkan Muafakat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyeru ahli-ahli Pemuda agar terus konsisten dalam perjuangan memperkasakan parti. Dalam satu nukilannya sempena Hari Ulang Tahun Pemuda UMNO yang Ke-71 yang jatuh pada hari ini, Dr Asyraf juga menekankan betapa pentingnya perpaduan diperkukuhkan serta muafakat diperteguhkan. Untuk rekod, Pemuda UMNO ditubuhkan pada 26 Ogos […]

» Read more
1 … 1,957 1,958 1,959 1,960 1,961 … 2,372