Ibu Presiden Indonesia Disemadikan, Takziah Bapak Jokowi

JAKARTA, 26 Mac – Pemakaman jenazah ibu kepada Presiden Indonesia, berlangsung penuh duka, ketika dunia dan Indonesia menghadapi pandemik virus COVID-19, yang kini membataskan sebarang perhimpunan atau majlis yang dihadiri ramai orang, bagi mengekang penularan virus itu. Presiden Joko Widodo (Jokowi) memohon rakyat Indonesia memanjatkan doa mereka dari rumah, sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham ibunya Sudjiatmi Notomihardjo, yang disemadikan di […]

» Read more

80 Anggota Kesihatan KKM Positif COVID-19 – Noor Hisham

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Seramai 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) disahkan positif COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata siasatan mendapati punca jangkitan yang dialami kesemua anggota kesihatan itu bukan daripada pengendalian kes positif COVID-19 di kemudahan kesihatan KKM. “Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti […]

» Read more

Dua Bulan Gaji Perdana Menteri, Jemaah Menteri Dipotong Untuk Tabung COVID-19 – PMO

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kabinet memutuskan dua bulan gaji bagi perdana menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam dan langkah itu bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19. Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada […]

» Read more

Topeng Muka Percuma Kepada 8.63 Juta Isi Rumah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 26 Mac – Kerajaan akan mengagihkan topeng muka percuma kepada 8.63 juta isi rumah di seluruh negara secara berperingkat dalam waktu terdekat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata topeng muka berkenaan akan diedarkan melalui jawatankuasa bencana negeri dan daerah. “Kita sedang menunggunya dari negara yang kita import dan apabila sampai ke negara […]

» Read more

Permohonan Bantuan Dipermudah Untuk Penyaluran Segera -Zulkifli

PUTRAJAYA, 26 Mac – Permohonan bantuan daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bagi golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19 merentasi fahaman politik, negeri, warna kulit dan agama, dipermudahkan agar penyalurannya dapat disegerakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata sebagai contoh, permohonan kepada Majlis Agama Wilayah Persekutuan akan […]

» Read more

Subsidi Gaji Dan Bantuan Tunai Kecemasan Amat Diperlukan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Esok, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi ekoran situasi semasa. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap pengumuman esok akan lengkap dan menyeluruh. “IKS merupakan majikan kepada hampir 6 juta pekerja – majikan paling besar. Kalau 15% IKS gulung tikar/berhenti beroperasi, pengangguran boleh cecah 10%. Sejuta lebih. Tak […]

» Read more

Tujuh Petugas Istana Negara Positif COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif COVID-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin. Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 dan […]

» Read more

Seramai 81 Individu Selamat Dibawa Pulang Dari Itali, Kuarantin Di AKEPT Nilai

SEPANG, 26 Mac – Sebanyak 76 rakyat Malaysia serta lima individu bukan warganegara dibawa pulang dari Itali menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan penularan wabak COVID-19, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini. Pesawat khas AirAsia misi HADR yang digerakkan kerajaan Malaysia itu tiba di KLIA pada 10.06 pagi, demikian menurut Agensi […]

» Read more

Semak Kesahihan Maklumat: Cara Melakukannya

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pernahkah anda menerima maklumat “disahkan” yang meragukan dikongsi secara meluas menerusi WhatsApp atau Facebook, menyatakan ia daripada kumpulan sembang lain dan anda ingin “jerit” kepada mereka “Google it!” (semak di Google)? Ya, anda betul kerana itu, sebenarnya, satu daripada cara untuk periksa atau semak sendiri sebarang maklumat yang anda terima. Situasi di atas mungkin berlaku […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Hari Ini – Pasukan Respon Pantas KKM

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Berikut senarai penafian berita tular di sosial media oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. 1. Kementerian Kesihatan nafi mengeluarkan sebarang Standard Operasi Prosedur pembelian barangan keperluan harian sepanjang musim COVID-19. 2. Hospital Kluang nafi fasiliti hospital lama digunakan bagi menempatkan pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Kluang […]

» Read more
1 1,894 1,895 1,896 1,897 1,898 2,256