Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, Terima Kasih Kerajaan PN Peduli Rakyat

ALOR SETAR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar memberikan nafas kelegaan buat semua lapisan rakyat Malaysia. Jelas beliau, pengumuman tersebut amat menyentuh setiap isi rumah dan merangkumi semua rakyat di negara ini tanpa mengira agama mahupun bangsa. […]

» Read more

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Berikut adalah intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Pakej bernilai RM250 bilion itu akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. Daripada jumlah keseluruhan, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk perusahaan kecil […]

» Read more

Harga RON95 Dan RON97 Turun Enam Sen, Diesel Turun Tujuh Sen

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun enam sen seliter, masing-masing kepada RM1.38 dan RM1.68 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 3 April. Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak tujuh sen seliter kepada RM1.68. “Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak […]

» Read more

IPD Klang Utara Nafi Keluar Kenyataan Selangor Akan Laksana ‘Fully Locked Down’

SHAH ALAM, 27 Mac – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, menafikan pihaknya ada mengeluarkan mesej yang tular dalam laman sosial, mengatakan negeri Selangor akan melaksanakan ‘fully locked down’. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, mesej yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp itu didakwa, berdasarkan maklumat daripada seorang dikatakan pegawai berpangkat ASP di IPD […]

» Read more

COVID-19: 130 Kes Positif Baharu, Tiga Lagi Kematian Direkod – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 27 Mac – Sebanyak 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 2,161 kes dengan jumlah kematian terkini seramai 26 orang. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan, termasuk satu kes yang disiarkan di laman Facebooknya, pagi tadi. “Kes kematian ke-24 […]

» Read more

Kerajaan Peruntuk Dana Tambahan RM4.5 Bilion Bantu PKS, Usahawan Mikro

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk usahawan mikro, yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata dana tambahan tersebut akan merangkumi lima inisiatif utama. Inisiatif pertama, katanya, dana tambahan sebanyak RM3 billion akan di masukkan ke […]

» Read more

Tiada Golongan Tercicir Manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi – PM Muhyiddin

PUTRAJAYA, 27 Mac — Ketika negara memerangi wabak Covid-19 dan kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatan Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat dengan tiada golongan yang akan tercicir. Lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung oleh semua […]

» Read more

Kerajaan Tumpu Pada Pelaburan Domestik Dan Kekalkan Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini. Bagi tujuan ini, katanya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil bernilai RM2 bilion seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak serta membersihkan rumah […]

» Read more

Pakej PRIHATIN Berdasarkan Keupayaan Fiskal Semasa Negara – PM

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebanyak RM250 billion yang diumumkan hari ini adalah berdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaan mudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan pakej tersebut, di sini, hari ini, berkata strategi dan langkah yang akan dilaksanakan itu adalah manifestasi Kerajaan yang mengambil […]

» Read more

Peruntukan RM10 Bilion Bantu Kumpulan M40 Dan Ke Bawah – PM Muhyiddin

PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan hari ini bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi membantu kumpulan M40 dan ke bawah yang terjejas akibat keadaan wabak COVID-19 ketika ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata bantuan itu akan disalurkan melalui Bantuan Prihatin Nasional iaitu pemberian tunai secara one-off yang buat pertama kalinya disalurkan juga kepada kumpulan M40 bagi […]

» Read more
1 1,892 1,893 1,894 1,895 1,896 2,256