PH, PN Masih Belum Tampil Hala Tuju Jelas, Bagaimana Mahu Tadbir Johor

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Asiah Md Ariff berpandangan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masih gagal memperincikan hala tuju serta perancangan yang jelas kepada rakyat meskipun kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah berlangsung. Menurut beliau, sehingga kini kedua-dua gabungan itu masih belum mengemukakan manifesto atau pelan menyeluruh yang boleh dijadikan […]

» Read more

BN Tanding 56 Kerusi Demi Bentuk Kerajaan Stabil, Teruskan Agenda Johor Maju 2030

JOHOR BAHRU, 29 Jun – Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang stabil sekali gus meneruskan agenda pembangunan Johor Maju 2030. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata keputusan bertanding di semua kerusi membuktikan […]

» Read more

BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar

JOHOR, 28 Jun – Pakatan Harapan (PH) disifatkan masih gagal mengemukakan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun kempen telah memasuki hari kedua, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesediaan gabungan itu untuk mentadbir negeri bagi tempoh lima tahun akan datang. Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, rakyat Johor berhak mengetahui tawaran sebenar PH selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn […]

» Read more

Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah

BATU PAHAT, 28 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid berkata rakyat Johor kini semakin matang dan akan membuat pilihan berdasarkan rekod pencapaian, prestasi serta kemampuan sesebuah parti mentadbir negeri. Beliau berkata, BN Johor tampil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dengan rekod pentadbiran yang boleh dinilai, selain menawarkan manifesto […]

» Read more

Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading

SRI GADING, 28 Jun – Barisan Nasional (BN) Sri Gading memberi jaminan bahawa seluruh jentera pilihan rayanya berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), dengan gerak kerja di semua peringkat cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah digerakkan sepenuhnya. Pengarah Pilihan Raya BN Sri Gading, Datuk Mohd Lassim Burhan, berkata jentera di kawasan itu telah bersedia […]

» Read more

Khidmat Kepada Rakyat Jadi Keutamaan Alwiyah Di Endau

ENDAU, 28 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib menegaskan komitmennya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Alwiyah, yang lebih dikenali sebagai Kak Awi, berkata kepercayaan yang sekali lagi diberikan kepimpinan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Endau merupakan […]

» Read more

PRN Johor: PH Diminta Jelaskan Manifesto Sebelum Minta Mandat Rakyat

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain mempersoalkan tindakan Pakatan Harapan (PH) yang hanya akan mengumumkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor beberapa hari selepas hari penamaan calon. Beliau berkata, manifesto merupakan tawaran rasmi sesebuah parti kepada rakyat dan seharusnya dibentangkan lebih awal bagi membolehkan pengundi membuat penilaian sebelum memberikan mandat. […]

» Read more

Pertahan Momentum Kemenangan Demi Masa Depan Johor – Ahmad Zahid

SRI GADING, 28 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin gabungan itu mampu mencatat kemenangan lebih besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berdasarkan rekod pentadbiran cemerlang kerajaan negeri. Beliau berkata, proses penamaan calon yang berlangsung semalam bukan sekadar acara biasa, sebaliknya menjadi manifestasi kekuatan serta kesiapsiagaan UMNO dan BN dalam menghadapi pilihan […]

» Read more

PRN Johor: BN Anggap Diri ‘Underdog’, Tumpu Kempen Dekati Dan Santuni Pengundi- Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Barisan Nasional (BN) menganggap parti itu sebagai ‘underdog’ dalam persaingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 dan tidak akan memandang remeh kempennya meskipun proses pencalonan bagi semua 56 kerusi negeri berjalan lancar dengan kehadiran penyokong yang ramai. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga calon BN bagi kerusi DUN Machap berkata mereka akan […]

» Read more

PRN: Aznan Sasar Pertahan Kemenangan, Kukuhkan Kubu BN Di Tanjung Surat

TANJUNG SURAT, 28 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin bertekad memastikan kawasan itu terus kekal menjadi kubu kuat BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. Beliau berkata, amanah yang diberikan oleh kepimpinan parti akan digalas dengan penuh tanggungjawab demi mengekalkan kepercayaan rakyat serta mempertahankan kemenangan yang diraih pada pilihan […]

» Read more
1 … 170 171 172 173 174 … 2,352