Adunan Calon Terbaik Dan Keutuhan Jentera Resepi Kekalkan Kemenangan BN – Mohamad

TANAH RATA, 12 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jentera Barisan Nasional (BN) perlu bekerja dengan lebih keras bagi mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun mempunyai calon yang amat baik. Ujarnya, di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan tersebut jentera parti mesti bekerja kuat dan bertungkus lumus memastikan calon, Ramli Mohd Nor menang serta […]

» Read more

UMNO Bidas Tindakan Kerajaan PH Guna Kempen Ugutan Kepada Tok Batin Di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 11 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyifatkan kenyataan YB Senator Bob Manolan Mohamad di Pos Betau, Jelai bahawa Ketua Kampong atau Tok Batin Masyarakat Orang Asli akan kehilangan gaji dan dibuang dari jawatan jika mereka tidak mengundi calon Kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Kecil Cameron Highlands merupakan suatu bentuk ugutan. Tegasnya ini […]

» Read more

Pemuda UMNO Pahang Lapor Polis Kenyataan Unsur Hasutan PRK Cameron Highlands

TANAH RATA, 11 Jan – Pemuda UMNO Pahang hari ini membuat laporan polis berkaitan kenyataan berunsur ugutan yang dikeluarkan oleh Senator Bob Manolan kepada Ketua-ketua Orang Asli (Tok Batin) di dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands. Menurut ketuanya Mohd Farid Mohd Nor, Manolan didakwa mengugut Tok Batin akan memberhentikan sebarang penyaluran gaji dan melucutkan jawatan mereka jika mereka tidak mengundi calon dari […]

» Read more

Warga Peneroka Terus Teraniaya… Janji PH Sebelum Ini Sekadar Janji Pilihan Raya

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Pengerusi Penaja Pembela Bangsa Felda, Anuar Manap melihat segala janji manis yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan (PH) kepada warga Felda khususnya untuk menghapuskan 50 peratus hutang peneroka hanya sekadar janji pada pilihan raya semata-mata. Ini kerana menurut beliau setelah lapan bulan PH mengambil alih kerajaan bukan sahaja perkara tersebut tidak menampakkan bayang-bayang malah warga Felda […]

» Read more

Calon PH Cameron Highlands Ditempelak Buat Kenyataan Bodoh, Belum Bertanding Dah Tunjuk Belang

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk N.Muneandy hari ini menempelak kenyataan ‘bodoh’ pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memperkecilkan kebolehan Orang Asli berhubung pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor. “Kalau sebelum bertanding dah tunjuk belang dan memandang rendah penduduk kawasan Cameron Hinghlands, selepas menang terus tak nampak batang […]

» Read more

‘Zaman Saya PM, Tiada Pemimpin PH Tohmah Saya Ditangkap’ – Najib

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada zaman Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan dan semasa beliau Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan pelbagai tohmahan, tetapi tiada seorang yang ditangkap. Kata beliau rata-rata pemimpin PH melemparkan fitnah untuk mengaitkannya dan kerajaan BN di dalam kematian beberapa orang seperti Altantuya, Teoh Beng Hock, Kevin Morais dan […]

» Read more

Menteri Kewangan Kena Belajar Cara Kira Peratusan Betul Ikut Matematik Darjah Tiga

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyangkal laporan Nomura Global Research yang telah menurunkan rating pasaran saham Malaysia serta memberi amaran tentang kebergantungan negara terhadap hasil minyak. Tegasnya, jika Lim Guan Eng membuat perbandingan antara sebelum PH menang dan selepas menang, akan membuktikan bahawa kenyataan Nomura […]

» Read more

Apa Yang BN Buat Dulu Terbukti Betul…Baru PH Tahu Pentingnya Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Fenomena menghina Institusi Raja-raja Melayu semakin menjadi-jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah apatah lagi mereka dilihat tidak tegas mengambil tindakan dalam hal ini. Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sekarang baru Kerajaan PH tahu betapa pentingnya Akta Hasutan. “Sebab itu pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik moratorium Akta […]

» Read more

Ahmad Said Pengerusi BPUN Terengganu, Apandi Ali Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Terengganu bagi menggantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sementara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO bagi menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Othman. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini. Katanya, […]

» Read more

Mengata BN Tidak Boleh Bantu Rakyat.. “Orang Asli Apa Dap Tolong?”

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berterusan membuat dakyah kepada penduduk Cameron Highlands kononnya Barisan Nasional (BN) tidak mampu membantu rakyat. Dalam ciapan di Twitter miliknya, Annuar bertanya kembali kepada Setiausaha Agung Dap itu apakah jasa Dap membantu rakyat khususnya di kawasan parlimen tersebut. “Dap pulak bantu […]

» Read more
1 1,652 1,653 1,654 1,655 1,656 1,746