Calon PH Cameron Highlands Ditempelak Buat Kenyataan Bodoh, Belum Bertanding Dah Tunjuk Belang

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Ahli Jawatankuasa Pusat MIC, Datuk N.Muneandy hari ini menempelak kenyataan ‘bodoh’ pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memperkecilkan
kebolehan Orang Asli berhubung pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil P078 Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor.

“Kalau sebelum bertanding dah tunjuk belang dan memandang rendah penduduk kawasan Cameron Hinghlands, selepas menang terus tak nampak batang hidung.

“Bravo, simpanlah teori ‘kebodohan’ kuih kamu dengan kamu sendiri,” katanya menerusi catatan dari Facebook MIC.

Sebelum ini, calon PH, M. Manogaran dilapor memperkecilkan strategi BN untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis kanan Orang Asli sebagai calon yang tidak akan dapat meraih undi Melayu dengan analogi ‘orang Melayu tak beli kuih dari gerai Orang Asli’.

Tegasnya kenyataan ini bercanggah dengan norma sebagai kehidupan manusia dan warganegara malahan Orang Asli juga adalah Bumiputra yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Satu kenyataan yang bodoh dari seorang pemimpin PH yang berbau perkauman. BN bukan pilih orang jalanan sebagai calon Cameron Highlands tetapi telah memilih seorang yang tersohor dikalangan Orang Asli, seorang pegawai polis berpangkat ACP.

“Siapa yang lebih tahu tentang keperitan kehidupan Orang Asli kalau bukan orangnya sendiri.”

Soal beliau secara sinis, adakah Manogaran akan tinggal di Cameron Highlands dan berkhidmat di situ?

“Jangan sesekali memperkecilkan kebolehan orang lain. Apa salahnya Orang Asli diberi peluang untuk memerintah.”

Muneandy seterusnya menambah hanya keikhlasan serta tanggungjawab yang diberikan dari rakyat yang memilih untuk memajukan kehidupan penduduk di Cameron Highlands. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.