Apa Yang BN Buat Dulu Terbukti Betul…Baru PH Tahu Pentingnya Akta Hasutan

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Fenomena menghina Institusi Raja-raja Melayu semakin menjadi-jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah apatah lagi mereka dilihat tidak tegas mengambil tindakan dalam hal ini.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sekarang baru Kerajaan PH tahu betapa pentingnya Akta Hasutan.

“Sebab itu pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik moratorium Akta Hasutan ekoran kes di Kuil Seri Maniam Mariamman membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah betul bila mengekalkan Akta Hasutan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Dalam hal ini, beliau juga hairan apabila Menteri Perpaduan bisu-pekak dalam isu menghina Raja-raja Melayu.

“Apakah tugas Menteri Perpduan hanya untuk jaga isu masyarakat India sahaja? Jangan biarkan ‘api dalam sekam’ terus membara. Kesabaran rakyat ada hadnya.”

Katanya, keprihatinan rakyat membuat laporan polis dan menyerang balas melalui media sosial mereka yang menghina Raja-raja Melayu memberi tekanan kepada si pelaku, majikan dan penguatkuasa.

“Parti Dap paling liat untuk mengambil tindakan jika melibatkan ahlinya. Seorang ahlinya, Mohd Kamarul Ariffin baru semalam meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Pontian.

“Isu beliau bukan setakat menghina TMJ tetapi menghina Sultan Johor dengan bahasa yang kesat. Dia juga memfitnah kononnya Sultan Johor akan jadikan Hutan Simpan Kukup sebagai projek Forest City II.

“Walaupun Dap memohon maaf tetapi Kamarul dalam posting mohon maaf beliau cuba berdolak dalik dan menegakkan benang basah. Sepatutnya dia meletak jawatan lebih awal.”
Katanya, nampaknya pihak swasta lebih tegas dan patriotik daripada parti politik seperti Dap.

Dalam hal ini beliau mengambil analogi Syarikat Cisco ASEAN telah memecat staf mereka yang bernama Eric Liew Chee Ling kerana menghina Yang di-Pertuan Agung manakala TNB pula menggantung kakitangannya yang bernama Nur Alia Astaman atas isu jenayah sama.

Sebelum itu Syarikat pengedar kereta Honda (Seri Utama Auto) turut memecat kakitangannya yang menghina kematian Mohd Adib yang dikaitkan dengan Allah.

“Sebab itu tindakan Pemuda Dap membantah penahanan tiga individu yang menghina Yang di-Peguam Agung menggunakan Akta Hasutan amat memalukan, sedangkan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Lokman Adam dan Exco Pemuda UMNO Wan Azri juga disiasat menggunakan Akta Hasutan,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.