Menteri Kewangan Kena Belajar Cara Kira Peratusan Betul Ikut Matematik Darjah Tiga

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyangkal laporan Nomura Global Research yang telah menurunkan rating pasaran saham Malaysia serta memberi amaran tentang kebergantungan negara terhadap hasil minyak.

Tegasnya, jika Lim Guan Eng membuat perbandingan antara sebelum PH menang dan selepas menang, akan membuktikan bahawa kenyataan Nomura adalah benar iaitu Malaysia kembali bergantung kepada hasil petroleum.

“Ini Menteri Kewangan kita. Helah kuat, matematik pun tak betul,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya.

Antara lain, Lim Guan Eng menyebut bahawa kebergantungan kepada hasil petroleum untuk tahun 2019 telah menurun berbanding tahun 2009 kepada hanya 19.5% jika tidak mengambil kira pemberian dividen Petronas secara one-off berjumlah RM30 bilion.

“Mengikut Laporan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, jumlah keseluruhan hasil kerajaan adalah sebanyak RM261.81 bilion manakala jumlah hasil petroleum kepada pendapatan negara adalah sebanyak 30.9% atau bersamaan RM80.9 bilion.

“Semua tahu nak kira matematik mudah ni 80.9/261.81 = 30.9%”

Soalnya, macam mana dia dapat 19.5% ni?

“Sebab dia tak kira dividen 30b tu. OK, kalau tak kira RM30b bermakna, jumlah hasil petroleum adalah RM50.9b, bahagi dengan jumlah hasil negara yang tak termasuk dividen RM231.81b:
50.9/231.81 = 22%

“Tapi nampaknya, apa yang Lim Guan Eng buat, dia kira macam ni:
50.9/261.81 = 19.5%

“Bukan soal beza beberapa peratusan sangat. Soalnya sekarang, ini Menteri Kewangan. Takkan tak tahu kira?”

Bidasnya lagi, kalau ya pun tak nak kira 30b tu sebab nak hujah politik konon PH tak bergantung kepada Petronas, penyebut (pembawah) pun kena la tolak 30b.

“Mana boleh yang atas tolak 30 tapi yang bawah kekal 261?

“Sebab sengaja nak tunjuk peratusan yang rendah kot. Rakyat Malaysia dah lama pergi sekolah, YB… darjah tiga dah belajar pasal pecahan, pengangka dan penyebut.”

Katanya, selain itu juga, Lim Guan Eng sengaja membuat perbandingan antara tahun 2019 dengan tahun 2009 kerana mahu menyembunyikan fakta bahawa antara tahun 2009 sehingga 2017, kebergantungan kerajaan kepada hasil petroleum telah berkurangan kepada hanya 15.7%.

“Pada tahun 2018 pula, ianya kembali meningkat kepada 21.7% dan tahun 2019 terus meningkat kepada 30.5%.” – MediaUMNO