Pemuda UMNO Ajak Orang Ramai Sumbang Pakaian, Barang Dapur

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengajak semua pihak termasuk badan korporat untuk menyokong bagi menjayakan program Sumbangan Kasih anjuran sayap parti itu. Setiausaha Kerjanya, Zaim Tawfek berkata, program tersebut bertujuan mengumpul barangan keperluan seperti pakaian terpakai dan barangan dapur untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan. “Semua barangan yang dikumpul akan diagihkan dalam tempoh terdekat di empat […]

» Read more

Ramli Yakin Menang, Bantu Selesai Masalah Penduduk

CAMERON HIGHLANDS 15 Jan. – Calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor optimis mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari ini. Beliau berkata, kemenangan BN di Parlimen itu bakal memberi manfaat kepada penduduk terutama dalam penyelesaian masalah tempatan terutama membabitkan isu lesen pendudukan sementara (TOL) yang membelenggu mereka selama ini. Katanya, hal ehwal […]

» Read more

Kerajaan Dicadang Jadikan Institusi Raja Agenda Nasional

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Kerajaan Persekutuan yang memerintah hari ini perlu menjadikan Institusi Raja sebagai Agenda Nasional untuk menyatupadukan rakyat dan menentukan bahawa keadilan sosial serta kenegaraan terus terjaga. Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan bahawa pemahaman tentang bidang kuasa Raja, peranan Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan perlu dibuat khususnya kepada golongan muda. “Sejarah […]

» Read more

SPR Terima Notis Kekosongan DUN Semenyih

PUTRAJAYA, 15 Jan – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima pemakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Semenyih berikutan kematian penyandangnya Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas. Setiausaha SPR Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pemakluman rasmi itu diterima daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim, semalam. Sehubungan itu, […]

» Read more

Pas Bantu Kempen Calon BN – Abdul Hadi

KEMAMAN 15 Jan. – Pas bersedia membantu kempen calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd. Nor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau sendiri akan turun padang pada Ahad ini bagi bertemu pengundi di samping memberi sokongan kepada Ramli yang merupakan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli. “Insya-Allah […]

» Read more

MB Pahang Wakili Rakyat Lafaz Taat Setia Kepada Sultan Abdullah

PEKAN, 15 Jan – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mewakili seluruh rakyat Pahang menzahirkan ikrar taat setia kepada Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam hari ini. Wan Rosdy yang merafak sembah tahniah atas pemasyhuran itu berjanji menyerahkan seluruh tenaga dalam […]

» Read more

Sultan Abdullah Ikrar Teruskan Legasi Pemerintahan Mengutamakan Kepentingan Rakyat

PEKAN, 15 Jan – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam bertitah untuk terus mengutamakan kepentingan rakyat sepanjang pemerintahan baginda. Sultan Abdullah yang mewarisi taktha daripada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar berikrar untuk meneruskan legasi pemerintahan yang selama ini dekat di hati rakyat dan sentiasa menjaga kepentingan mereka terutama apabila dilanda musibah. ”Saya ini tidak […]

» Read more

Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang

PEKAN, 15 Jan – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Bandar Diraja ini diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh […]

» Read more

Bersama Mantan PM, Najib Kupas tajuk’ Mencari Kebenaran, Soalan Berani, Jawapan Ikhlas’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan tampil bersiaran secara langsung jam 9.00 malam ini menerusi siaran langsung di laman Facebook UMNO-Online. Wawancara eksklusif ‘ Suara Dari Jauh’ini akan membawakan tajuk’ Mencari Kebenaran, Soalan Berani, Jawapan Ikhlas’ yang akan menyentuh juga berkaitan isu-isu semasa khususnya hal-hal mengenai kepentingan rakyat. Menerusi wawancara yang […]

» Read more

Raja Bukan Boneka, Rakyat Berpeganglah Kepada Sistem Raja Berperlembagaan

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menekankan bahawa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong bukanlah boneka, ‘puppet’ atau duduk saja tanpa ada apa-apa peranan sebaliknya Raja adalah pemerintah dan ketua kepada Kerajaan Persekutuan. Katanya, adalah amat menyedihkan apabila apa pihak yang seakan mahu menghapuskan institusi Raja, menghina dan bertindak sangat biadap sedangkan mereka ini […]

» Read more
1 1,649 1,650 1,651 1,652 1,653 1,746