Pemuda UMNO Ajak Orang Ramai Sumbang Pakaian, Barang Dapur

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengajak semua pihak termasuk badan korporat untuk menyokong bagi menjayakan program Sumbangan Kasih anjuran sayap parti itu.

Setiausaha Kerjanya, Zaim Tawfek berkata, program tersebut bertujuan mengumpul barangan keperluan seperti pakaian terpakai dan barangan dapur untuk diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Semua barangan yang dikumpul akan diagihkan dalam tempoh terdekat di empat buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands.

“Mereka yang mahu menyumbang boleh menghantar barangan berkenaan di dua pusat pengumpulan dan agihan iaitu di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan 1, Pahang selewat-lewatnya Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan lanjut dan maklumat lanjut mengenai program ini boleh menghubungi wakil sekretariat program, Zaim Tawfek di talian 019-5782088 atau Farid Nor di talian 012-6902323. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.