Bersama Mantan PM, Najib Kupas tajuk’ Mencari Kebenaran, Soalan Berani, Jawapan Ikhlas’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan tampil bersiaran secara langsung jam 9.00 malam ini menerusi siaran langsung di laman Facebook UMNO-Online.

Wawancara eksklusif ‘ Suara Dari Jauh’ini akan membawakan tajuk’ Mencari Kebenaran, Soalan Berani, Jawapan Ikhlas’ yang akan menyentuh juga berkaitan isu-isu semasa khususnya hal-hal mengenai kepentingan rakyat.

Menerusi wawancara yang akan dimoderatorkan oleh Kamarulzaman Habibur Rahman, orang ramai dipelawa untuk mengikutinya bersama-sama selain melontarkan pandangan, idea dan hujah untuk dikongsi menerusi ruangan yang disediakan.

UMNO Online akan menyiarkan wawancara tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO