UMNO Sebuah Perjuangan, Insya-Allah Akan Terus Bekerja Untuk Rakyat – Shahidan

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim melihat UMNO hari ini telah bangkit kembali dengan situasi yang cukup berbeza selepas tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Katanya, melalui Muafakat Nasional dan kerjasama yang masih utuh dan padu di dalam Barisan Nasional (BN) membolehkan parti memenangi empat Pilihan Raya Kecil (PRK). “Kita lihat […]

» Read more

Empat Program Modal Insan NCER Bakal Lonjakkan Pembangunan Perlis

KANGAR, 29 Nov – Rakyat Perlis bakal menerima lonjakan pembangunan melalui empat program modal insan yang memberi fokus kepada aktiviti ekonomi baharu serta menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi tinggi agar negeri ini mencapai sasaran ekonomi RM7 bilion menjelang 2025. Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata ini bertujuan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan peluang keusahawanan dan menaikkan pendapatan […]

» Read more

‘Munafik’ Hangatkan Sidang DUN Johor

ISKANDAR PUTERI 29 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Layang-Layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kerana enggan menarik balik perkataan munafik yang digunakan sewaktu ucapan perbahasan pada Isnin lalu. Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, perkataan munafik itu dianggap melanggar peraturan yang termaktub dalam buku Peraturan – […]

» Read more

Langgar Undang-undang Tapi Tun M Sokong Abu Chin Peng Dibawa Balik?

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap isu abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng adalah perkara remeh. Soal beliau, apakah melanggar undang-undang negara dianggap perkara remeh? “Tun M kata, takkan nak kutip balik abu Chin Peng yang […]

» Read more

PRK Tg Piai Kerjasama Terbaik, Gerak Kerja Matang, Pemuda UMNO Rakam Penghargaan

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata semangat dan kerjasama antara rakan-rakan komponen Pemuda Barisan Nasional (BN) dan pelbagai pihak lain semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini adalah yang terbaik. Sambil merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera Pemuda dan mereka yang terlibat membantu kempen sebelum ini, beliau turut memaklumkan PRK […]

» Read more

PH, Dap Penyebar Mesej Berbaur Perkauman, Kebencian… Ini Bukan Berita Palsu

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan Penasihat Dap Lim Kit Siang yang mengatakan sentimen perkauman berlaku kerana penyebaran berita palsu dan ucapan berbaur kebencian. “Berita palsu apanya. Sentimen perkauman semuanya dikeluarkan daripada mulut pemimpin Dap dan PH (Pakatan Harapan). Tak percaya? Soalnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di […]

» Read more

MP PH Kesejukan, Pemuda UMNO Mohon Penghawa Dingin Dewan Rakyat Ditutup

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menghantar surat permohonan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menutup penghawa dingin semasa sesi sidang Dewan berlangsung. Ini ekoran daripada kenyataan Ahli Parlimen kerajaan bahawa mereka tidak hadir ke sesi Dewan Rakyat kerana kesejukan. Exco pergerakan tersebut, Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, permohonan ini dibuat atas rasa simpati terhadap Ahli […]

» Read more

Blok Pembangkang Tolak Usul IPCMC, PH Tak Peduli Pandangan Pakar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, blok pembangkang menolak usul Rang Undang-undang (RUU) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telahpun dibentangkan di Parlimen sebelum ini dan dibawa ke ‘special select committee’ untuk mendengar pandangan dari pihak Polis dan juga orang ramai termasuk pakar perundangan. Katanya, kesemua ‘stakeholders’ dirundingi dan difahamkan […]

» Read more

Hajat Penasihat Dap Tercapai… Adakah Mereka Ada Agenda Lebih Besar? Soal Shabery

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mempersoalkan pandangan yang mengatakan isu abu mayat Mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng sebagai perkara yang kecil. Jika kecil tegasnya, kenapa perlu diacarakan, diheboh dan dibanggakan kerana sudah tentu ia ada makna dan implikasi yang lebih besar dari itu. “Apakah selepas ini […]

» Read more

UMNO Takkan Mengalah, Tetap Bangkit Perjuangkan Nasib Bangsa, Rakyat – Fariz

KUALA LUMPUR, 28 Nov – UMNO adalah parti terbesar orang Melayu dan Bumiputera yang terlalu besar jasanya pada agama bangsa dan negara, ujar Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Mohd Fariz Abdul Hadi. Malangnya, akibat rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji bulan dan bintang Pakatan Harapan (PH), UMNO dan Barisan Nasional (BN) gagal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), […]

» Read more
1 1,586 1,587 1,588 1,589 1,590 1,911