PH, Dap Penyebar Mesej Berbaur Perkauman, Kebencian… Ini Bukan Berita Palsu


KUALA LUMPUR, 28 Nov – Exco Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan Penasihat Dap Lim Kit Siang yang mengatakan sentimen perkauman berlaku kerana penyebaran berita palsu dan ucapan berbaur kebencian.

“Berita palsu apanya. Sentimen perkauman semuanya dikeluarkan daripada mulut pemimpin Dap dan PH (Pakatan Harapan). Tak percaya? Soalnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya.

Bagi mempertahankan kenyataannya, Dr Najmil menyenaraikan berita berserta pautan pemimpin PH suka menggunakan sentimen perkauman.

1. Mat Sabu pernah mengatakan Chin Peng adalah pejuang negara. https://www.sinarharian.com.my/…/mat-sabu-tidak-faham-perju…

2. Kit Siang menyokong abu mayat Chin Peng perlu dibawa pulang ke Malaysia. https://www.thestar.com.my/…/chin-pengs-ashes-should-be-al…/

3. Bakal PM-8 Anwar Ibrahim juga membenarkan abu komunis Chin Peng dibawa balik ke Malaysia. https://www.mstar.com.my/…/13/anwar-benarkan-chin-peng-balik

4. Dap dengan beraninya mendakwa Malaysia adalah negara sekular dan bukannya negara Islam. Ini jelas bertentangan dengan peruntukkan Perlembagaan yang memelihara kedaulatan Islam. https://dapmalaysia.org/english/2012/aug12/lks/lks6304.htm

5. Nga Kor Ming mendakwa kerjasama UMNO-PAS adalah taliban. https://www.malaysia-today.net/…/pas-bekerjasama-dengan-um…/

6. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin menggelar Skuad Sabil adalah “pak guard dari Bangladesh”. Tindakan ini adalah melampau dan rasis. https://www.google.com.my/…/Gelar-Skuad-Sabil-pak-guard-dar…

7. Dap juga berkeras pemimpin yang terlibat dengan pengganas LTTE dibebaskan. https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/193135

Sehubungan itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu melahirkan kebimbangan serta menimbulkan persoalan apa yang telah terjadi kepada negara hari ini.

“Kepimpinan kerajaan PH jelas membawa mesej berbaur kebencian dan hasutan untuk memecah-belahkan masyarakat Malaysia.

“Kerajaan PH bukan sahaja gagal mentadbir negara, malah mempromosikan ideologi komunisme yang bertentangan dengan nilai dan warisan negara ini,” tegasnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.