Blok Pembangkang Tolak Usul IPCMC, PH Tak Peduli Pandangan Pakar – Ismail Sabri


KUALA LUMPUR, 28 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, blok pembangkang menolak usul Rang Undang-undang (RUU) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang telahpun dibentangkan di Parlimen sebelum ini dan dibawa ke ‘special select committee’ untuk mendengar pandangan dari pihak Polis dan juga orang ramai termasuk pakar perundangan.

Katanya, kesemua ‘stakeholders’ dirundingi dan difahamkan bahawa ‘special collect committee’ ini turun ke negeri untuk mendengar pandangan dari semua pihak.

“Setelah kita membaca laporan daripada ‘special select committee’ ini dan mendapat maklumat pada rakan-rakan di dalamnya ternyata bahawa ‘select committee’ ini sebagai ‘kosmetik dan lakonan semata-mata’.

“Select committee berunding dengan ‘stake holders’ bersama pakar perundangan Perlembagaan yang juga dipanggil untuk memberikan pandangan dan mereka juga tidak bersetuju dengan berpandangan bahawa IPCMC bertentangan dengan perkara 140 dan 135 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini.

Jelas Ismail lagi, pihak kerajaan tidak mempedulikan pandangan dari ‘stakeholders’ kepada ‘select committee’ ini.

“Kita berpandangan bahawa sebelum perundangan diperketatkan, sebelum satu undang-undang khusus untuk pihak polis ini… ‘instrument’ lain telah pun banyak untuk memantau pihak polis termasuk IEAEC yang mampu untuk mengawal bukan sahaja anggota polis tetapi juga 21 agensi pelaksana yang lain.

“Kenapa pihak polis sahaja diperuntukan satu Suruhanjaya khusus memantau pihak Polis? Bukan saja dari disiplin tapi soal jenayah dan sebagainya,” katanya lagi.

Mengenai kebajikan anggota polis, Ismail Sabri mengharapkan agar pihak kerajaan mempertingkatkan anggota kebajikan anggota polis berserta keluarga mereka.

“Kita berpandangan sebelum perundangan diperkenalkan sepatutnya pihak kerajaan melihat kepada kebajikan anggota polis, kebajikan keluarga anggota polis.

“Saya difahamkan di Sabah dan Sarawak, pondok-pondok dan rumah-rumah polis dalam keadaan yang kurang baik dan memerlukan penambahbaikan.”

Ujarnya, sebelum perkara-perkara lain dilakukan kebajikan polis mesti diutamakan.

“Kita berpandangan bahawa 150,000 anggota polis yang bertugas mempertaruhkan masa dan nyawa mereka untuk mempertahankan keselamatan kita semua tetapi akhirnya balasan dari pihak kerajaan memberikan tekanan kepada mereka.

“Kita berjanji akan terus mempertahankan hak-hak dan kebajikan anggota polis dan kami semua iaitu blok pembangkang akan berbahas dan menolak RUU IPCMC jika dibentangkan. Adalah lebih baik kerajaan menolak cadangan pembentangan RUU IPCMC,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Bera. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.