Semangat Capai Tahap Maksimum, Pemuda UMNO/BN Bersedia Tempuh PRU15

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Pemuda UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana Pemuda BN telah melalui proses perjuangan selama empat tahun sehingga semangat mereka mencapai tahap maksimum. “Dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU), PAU Khas, Konvensyen BN, kita telah membuat keputusan bahawa […]

» Read more

Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia Bantuk Produk Usahawan

TASEK GELUGOR, 17 Sept – UDA Holdings Bhd (UDA) peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti serta perhotelan yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menganjurkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia dalam matlamatnya bagi membantu golongan peniaga terutama usahawan kecil memasarkan produk mereka. Pengerusi UDA Datuk Norliza Abdul Rahim berkata penganjuran yang masuk ke lokasi kedua membabitkan […]

» Read more

KUSKOP Usul Tujuh Inisiatif Baharu Untuk Belanjawan 2023

KUALA SELANGOR, 17 Sept – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengusulkan tujuh inisiatif baharu yang memfokus kepada pembangunan usahawan secara menyeluruh dalam Belanjawan 2023. Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata beliau telah melakukan libat urus bersama Kementerian Kewangan bagi mengusulkan inisiatif-inisiatif itu. “Kita ada letak tujuh inisiaitif baharu untuk kita mendekati golongan usahawan termasuk graduan dan beberapa golongan […]

» Read more

KPKT Timbang Kerjasama Rentas Kementerian, Tingkat Operasi Pengusaha Inap Desa

KEPALA BATAS, 17 Sept – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menimbangkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan kerajaan negeri untuk memberi suntikan kepada pengusaha-pengusaha inap desa agar dapat kembali beroperasi dengan lebih aktif. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kerjasama rentas kementerian ini adalah wajar bagi menampilkan satu garis panduan supaya tidak berlaku […]

» Read more

Wanita Diseru Fokus Agenda Perkasa Wanita Dalam Pembangunan Negara – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Wanita diseru untuk bersama-sama merancang, melaksana dan fokus pada agenda pemerkasaan hala tuju wanita dalam pembangunan negara di semua peringkat sempena sambutan Hari Malaysia 2022, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata wanita hari ini semakin berdikari, kuat, berani dan bukan lagi lemah serta hanya mengikut arahan. […]

» Read more

Tak Buat Ceramah Pun Rafizi Jadikan Isu, Bidas Dr Puad

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang semakin tiada isu untuk dimanipulasinya. Katanya menerusi satu hantaran di Facebook, ia merujuk kepada kenyataan Rafizi yang memainkan isu UMNO dan Pas tidak berani membuat ceramah. “Itu pun Rafizi mahu jadikan isu. Kamu teruslah buat ceramah fitnah. Bawa […]

» Read more

PRU15 Perlu Diadakan Tahun Ini, Elak Defisit Sokongan – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 17 Sept – Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan pada tahun ini, tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ujar beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), jika PRU dilambatkan maka dibimbangi akan berlaku defisit sokongan. “PRU mesti diadakan pada tahun ini juga dalam apa juga keadaan. Kalau dilambatkan akan berlaku ‘trust deficit’ atau defisit […]

» Read more

Proses Bina Keluarga Malaysia Bersatu Padu, Miliki Identiti Nasional Perlu Dipertahan

MELAKA, 17 Sept – Proses membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu dan memiliki satu identiti nasional perlu terus dipertahan demi menjamin kelangsungan kedaulatan negara bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini kerana semakin bertambah usia negara, cabaran dan ancaman dihadapi semakin besar serta bertambah kompleks dengan musuh yang cuba memecah-belah hadir dalam bentuk ekonomi, politik […]

» Read more

Hak Sabah, Sarawak Dalam MA63 Dipastikan Terpelihara

MELAKA, 16 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terpelihara. Ismail Sabri yang juga Pengerusi Majlis Khas Mengenai MA63 berkata majlis khas itu bukan sahaja berperanan merungkai beberapa isu yang tertangguh berhubung hak serta kedudukan Sabah dan Sarawak, tetapi memberi penekanan […]

» Read more

Lautan Biru Realitikan Kesiapsiagaan BN Bagan Datuk Depani PRU15

BAGAN DATUK, 16 Sept – Lautan biru memenuhi Dewan Kompleks UMNO Bagan Datuk merealitikan kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Majlis Mesra Rakyat dan Pelancaran ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut memberikan taklimat berkaitan gerak kerja jentera pada PRU kelak. Jentera BN telah berkumpul […]

» Read more
1 … 1,394 1,395 1,396 1,397 1,398 … 2,372