Lautan Biru Realitikan Kesiapsiagaan BN Bagan Datuk Depani PRU15

BAGAN DATUK, 16 Sept – Lautan biru memenuhi Dewan Kompleks UMNO Bagan Datuk merealitikan kesiapsiagaan jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Majlis Mesra Rakyat dan Pelancaran ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut memberikan taklimat berkaitan gerak kerja jentera pada PRU kelak.

Jentera BN telah berkumpul di Kompleks UMNO ini selepas solat Jumaat dan meraikan kedatangan pimpinan parti pelbagai peringkat yang menjadi bukti semangat bersemarak untuk meneruskan perjuangan.

Ucapan dimulakan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudian disusuli oleh Saarani.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Azian Osman serta kepimpinan UMNO negeri dan bahagian pelbagai peringkat.

Tidak ketinggalan kepimpinan rakan kompenan BN iaitu Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan; Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah dan kepimpinan kompenan peringkat negeri Perak yang lain. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.