Palestin: Amat Malang Jika Malaysia Tidak Hasilkan Ketetapan Rasmi Di Parlimen – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Semalam diadakan sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sedang berusaha untuk mengeluarkan pernyataan bagi mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Berhubung hal tersebut, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata walaupun kerajaan Malaysia sudah nyatakan pendiriannya, namun alangkah baiknya sekiranya Parlimen turut bersidang. “Alangkah baiknya sekiranya Parlimen kita turut […]

» Read more

Oh, Total Lockdown! Boleh Laksana Dengan Syarat Kerajaan Jamin Bantuan Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Dilaporkan ada ura-ura kerajaan akan melaksanakan sekali lagi ‘total lockdown’ seperti yang dibuat ketika PKP 1.0 pada 18 Mac tahun lalu memandangkan angka positif COVID-19 terlalu tinggi. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, ‘total lockdown’ boleh jadi pilihan akhir untuk pastikan pandemik ini dapat dikawal, tetapi dilaksakan dengan syarat, kerajaan […]

» Read more

ADUN Dan Ahli Parlimen Johor Adakan Pertemuan Bincang Isu COVID-19

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pihak kerajaan dan pembangkang Johor akan mengadakan pertemuan minggu depan bagi membincangkan soal kebajikan rakyat negeri itu ekoran penularan pandemik COVID-19. Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata ia antara lain bagi membincangkan usaha untuk memperkukuh dan menambah baik segala langkah yang telah dan akan diambil […]

» Read more

Keselamatan Dan Nyawa Rakyat Bukan Bahan Dagangan Raih Laba Politik – Reezal Merican

GEORGE TOWN, 21 Mei – Jangan politikkan hal pemberian vaksin dan pemimpin-pemimpin politik diminta ambil pendekatan yang lebih bijak demi kemaslahatan rakyat. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata soal keselamatan dan nyawa rakyat khususnya di Pulau Pinang tidak seharusnya dijadikan bahan dagangan semata-mata untuk meraih laba politik yang sedikit. “Apa yang lebih […]

» Read more

Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor Lancar Tabung Untuk Rakyat Palestin

JOHOR BAHRU, 21 Mei – Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor melancarkan Tabung Kemanusiaan Makmur Palestin bagi membantu umat Islam yang terjejas rentetan serangan dan kekejaman rejim Zionis Israel di Palestin sejak penghujung Ramadan lepas. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Makmur Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata tabung yang dilancarkan semalam hingga 31 Mei ini merupakan usaha sama dengan Southern Volunteers dan […]

» Read more

Tunai Solat Jumaat Jadi Dilema Besar Umat Islam Negara Ini… Ahmad Zahid Ketengahkan Semula Cadangannya

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Berikutan tular beberapa kes vandalisme akibat ketidakpuasan hati segelintir individu melibatkan prosedur operasi standard (SOP) di masjid, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia menunjukkan urusan menunaikan solat Jumaat antara dilema besar yang dihadapi umat Islam di negara ini. Malah katanya, dilema urusan solat Jumaat jauh lebih besar daripada dilema urusan membeli […]

» Read more

Pemuda UMNO Saran Total Lockdown Dengan Tujuh Prasyarat

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Daripada maklumbalas orang ramai, rata-rata setuju dengan gesaan Pemuda UMNO supaya dibuat ‘Total Lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 selama sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari, dengan tujuh prasyarat, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Berikut merupakan tujuh prasyarat berikut: 1.Bantuan Khas kepada rakyat dikalangan B40 terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergaji […]

» Read more

PKP Penuh Perlu Dilaksanakan Segera, Ambil Kira Bantuan Untuk Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Keputusan dan langkah yang tegas mesti dibuat oleh kerajaan ekoran peningkatan mendadak COVID-19 di negara ini malah pada masa yang sama  tidak perlu ditimbulkan persoalan siapa betul dan siapa salah kerana ianya melibatkan nyawa. Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata apa yang penting pakar kesihatan telah memberikan cadangan agar dibuat Perintah Kawalan Pergerakan […]

» Read more

Muafakat Nasional Selangor Kutuk Keganasan Israel, Desak Kerajaan Negeri Tidak Berpolitik Hadapi COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Muafakat Nasional Negeri Selangor mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan regim haram Israel ke atas rakyat Palestin sehingga mengakibatkan kemusnahan hartabenda dan kehilangan nyawa bermula dari penghujung Ramadan lalu sehinggalah ke hari ini. Dalam satu kenyataan bersama MN Selangor iaitu Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata MN […]

» Read more

Kerajaan Gagal Lucut Wang Tunai RM114 Juta Didakwa Milik UMNO, Najib

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta, yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang yang […]

» Read more
1 1,296 1,297 1,298 1,299 1,300 1,966