Pemuda UMNO Saran Total Lockdown Dengan Tujuh Prasyarat

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Daripada maklumbalas orang ramai, rata-rata setuju dengan gesaan Pemuda UMNO supaya dibuat ‘Total Lockdown’ sebagaimana PKP 1.0 selama sekurang-kurangnya 14 hingga 21 hari, dengan tujuh prasyarat, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Berikut merupakan tujuh prasyarat berikut:

1.Bantuan Khas kepada rakyat dikalangan B40 terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergaji tetap, bekerja sendiri atau tiada punca pendapatan.

2.Kebenaran pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.

3.Kerajaan harus memanfaatkan Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi kewangan dan perbankan menawarkan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj atau faedah tambahan bagaikan penstrukturan atau ‘refinancing’.

4.Kilang-kilang besar yang menjadi penyumbang terbesar kepada pandemik (lebih 50% punca penularan virus COVID-19) mesti segera ditutup selama tempoh ‘lockdown’.

5.Hanya ‘frontliners’ dan pekerja e-hailing yang menghantar pesanan makanan dan barang-barang keperluan sahaja dibenarkan bertugas dan beroperasi.

6.Rentas daerah mahupun negeri tidak dibenarkan sama sekali.

7.Sebagaimana PKP 1.0, semua sektor ditutup melainkan hanya sektor-sektor yang menjadi penggerak negara dikecualikan PKP seperti, air, elektrik, tenaga, komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Tambah Dr Asyraf lagi terdapat dua prinsip paling penting iaitu:

1.Lebih baik sengsara sekali berbanding merana berulang-ulang kali dan berpanjangan yang lebih memudaratkan rakyat dan negara.

2.Jangan ada lagi dwi-standard dalam aspek penguatkuasaan mahupun pematuhan SOP dan PKP hingga wujud perbezaan tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ dengan ‘marhaen’- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.