Malaysia Berada Dalam Krisis Perlembagaan, Jalan Keluar Adalah Kerajaan Interim – Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Malaysia sedang berada dalam suatu krisis perlembagaan dan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tidak menjernihkan keadaan malah akan menjadikan ia semakin meruncing. Menurutnya, wakil rakyat UMNO hanya mempunyai satu pilihan iaitu mendukung titah Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan sepenuh jiwa dan […]

» Read more

Batal Ordinan Darurat Tanpa Perkenan Agong Jelas Cabuli Prinsip Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen

IPOH, 30 Julai – Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan perasaan amat dukacita berhubung pembatalan Ordinan-ordinan Darurat. Kata Pengerusinya Datuk Saarani Mohamad, adalah amat malang apabila keprihatinan Seri Paduka Baginda dalam soal menangani krisis COVID-19 yang mencengkam kehidupan rakyat bukan sahaja dikesampingkan, malah tindakan kerajaan membatalkan Ordinan […]

» Read more

Kenyataan Istana : Hari  Yang Sangat Mengecewakan Buat Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO […]

» Read more

Johor Umum Peruntukan Tambahan RM50,000 Kepada ADUN, JPKD Untuk Bantu Rakyat

JOHOR BAHRU, 29 Julai – Kerajaan negeri Johor mengumumkan peruntukan tambahan dengan kos keseluruhan RM4.15 juta bagi melancarkan usaha pemberian bantuan kepada rakyat yang memerlukan susulan pandemik COVID-19. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata kerajaan negeri semalam bersetuju untuk memberikan peruntukan itu kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 27 Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) sebagai tambahan […]

» Read more

19 Lokaliti Di Sabah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu Dan Kedah Dikenakan PKPD Mulai Sabtu

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Sebanyak 19 lokaliti di Sabah, Kelantan, Perak, Pahang, Terengganu dan Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu ini hingga 13 Ogos. Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia membabitkan lapan lokaliti di Sabah, Kelantan (dua), Perak (empat), Pahang (tiga) manakala masing-masing satu lokaliti di Terengganu dan Kedah. […]

» Read more

COVID: Dua Hari Berturut-Turut Kes Baharu Melebihi 17,000

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Kes baharu positif COVID-19 hari ini dilaporkan sebanyak 17,170 menjadikannya hari kedua berturut-turut negara ini merekodkan kes melebihi 17,000. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata jumlah kumulatif kes dalam negara kini meningkat kepada 1,078,646. Selangor kekal menjadi negeri mencatatkan pertambahan kes tertinggi iaitu sebanyak 7,163 kes, diikuti Kuala Lumpur […]

» Read more

Rentas Negeri, Daerah Masih Tidak Dibenarkan – KPN

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Perjalanan rentas negeri dan daerah masih dilarang bagi negeri yang berada di Fasa Satu dan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali untuk tujuan yang dibenarkan termasuk bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19. Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata individu yang mahu merentas negeri dan daerah bagi tujuan vaksinasi perlu menunjukkan butiran janji […]

» Read more

PM Wajar Letak Jawatan, Ahli Parlimen UMNO Perlu Tarik Semula Sokongan

KUALA LUMPUR, 29 Julai – Exco Pemuda UMNO, Fairuz Jamaluddin berpandangan tindakan Kerajaan jelas mencabar dan menolak prinsip kedaulatan undang-undang dan membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selaku Ketua Utama Negara. Menurut beliau tindakan Kerajaan merupakan satu bentuk penderhakaan kerana membelakangi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara dan penderhakaan ini patut dikenakan hukuman berat. […]

» Read more

PM Dan Menteri Undang-Undang Perlu Bertanggungjawab – Sharkar

TEMERLOH, 29 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini yang menzahirkan rasa sangat dukacita Seri Paduka Baginda dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan yang mana pembatalan belum mendapat perkenan Seri Paduka. Exco […]

» Read more

Kerajaan Langgar Prinsip Kedaulatan Undang-undang, Ahli Parlimen UMNO Perlu Tarik Sokongan Ke Atas PM

IPOH, 29 Julai – Penerangan UMNO Negeri Perak ingin menzahirkan rasa amat kesal dengan tindakan Kerajaan Persekutuan yang telah melanggar prinsip kedaulatan undang-undang dengan membelakangi kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara berkenaan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat. Kata Ketuanya, Datuk Mohd Zolkafly Harun, sebagai sebuah institusi politik yang berteraskan agama Islam dan bangsa Melayu, UMNO sentiasa akan […]

» Read more
1 1,180 1,181 1,182 1,183 1,184 1,910