Puteri UMNO Ketereh Anjur Pertandingan TikTok Semarak Hari Kebangsaan

KOTA BHARU, 26 Ogos – Sempena menghayati Hari Kebangsaan tahun ini, Puteri UMNO Bahagian Ketereh mempelawa kaum hawa menghasilkan video pendek yang kreatif dan menarik menerusi aplikasi TikTok.

Ketua Puteri UMNO Ketereh Marzuani Ardila Ariffin berkata inisiatif tersebut dilakukan bagi memupuk semangat pratiotik dalam kalangan wanita terutamanya generasi muda.

“TikTok sudah menjadi trend kegemaran belia pada masa ini. Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada golongan wanita muda di Parlimen Ketereh mengikut kategori ditetapkan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Marzuani Ardila berkata pertandingan itu melibatkan dua kategori umur iaitu 15 hingga 17 tahun dan 18 hingga 35 tahun, dengan penyertaan perlulah dihantar pada Sabtu ini dan pemenang akan diumumkan 31 Ogos.

“Bagi kategori pertama, hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang pertama sebanyak RM150, kedua (RM100) dan ketiga (RM80), manakala kategori kedua pula, hadiah wang tunai disediakan sebanyak RM200 untuk johan, pemenang kedua (RM150) dan ketiga (RM100),” katanya.

Beliau berkata pemenang dinilai berdasarkan kreativiti, kekemasan dan kesesuaian tema selain peserta perlu menyiarkan video yang dihasilkan dengan menggunakan tanda pagar (hashtag) #PuteriKeterehPatriotik termasuk kandungan video perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan wabak COVID-19.
BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.