Tugas Terpenting Anggota Kabinet Baharu Menangi Perang Lawan COVID-19 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai anggota kabinet baharu hari ini.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengucapkan selamat berkhidmat kepada ahli kabinet baharu kerajaan Malaysia.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Pontian, tugas terpenting anggota kabinet ini ialah menangi perang lawan COVID-19 dengan segera.

“Kes tertinggi semalam sangat merunsingkan semua rakyat, maka pantaskan vaksinasi, jika perlu bukan sekadar 80 peratus penduduk malahan boleh hingga 90 peratus dan lebih.

Tegasnya lagi, anggota kabinet perlu hebatkan usaha untuk:
1. Perangi COVID-19 hingga menang
2. Baiki ekonomi rakya
3. Bina ‘Keluarga Malaysia’
4. Pulihkan negara ini
5. Seimbang jasmani dan rohani
6. Elak melakukan kemungkaran
7. Sentiasa melaksana kebaikan

Dilaporkan, semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu pesanan ringkas berkata pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh perdana menteri dibuat pada pukul 11 pagi manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pada pukul 2.30 petang Isnin, 30 Ogos.

Berkaitan perkembangan COVID-19, semalam Malaysia merekodkan 24,599 kes baharu iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,640,843. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.