Kukuhkan Perpaduan Di Aidilfitri, Jangan Lupa Masyarakat Lain – Khaled

KUALA LUMPUR, 20 April – Aidilfitri yang disambut seluruh umat Islam di negara  ini boleh  dijadikan landasan sebaiknya untuk masing-masing mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun suasana Aidilfitri disambut sederhana namun amat penting silaturahim diperkukuhkan selain memupuk perpaduan di negara ini. “Kepada semua umat Islam di negara ini saya ingin […]

» Read more

Semoga Dipertemukan Lagi Ramadan Akan Datang, Salam Aidilfitri – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 20 April – Aidilfitri bukan sahaja menandakan kemenangan selepas sebulan umat Islam menjalani ibadah puasa sebaliknya ianya penuh sarat dengan makna, sejarah dan nilai yang tersendiri. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Salleh menzahirkan salam Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. “Semoga hari raya tahun ini memberikan seribu makna kepada kita semua. Semoga kita semua akan […]

» Read more

Kelepasan Am Tambahan Bukan Keputusan Populis Dan Merugikan Sektor Swasta – Ahmad Maslan

KUCHING, 20 April – Langkah pemberian satu hari kelepasan am tambahan sempena Aidilfitri bukan keputusan populis dan kerajaan tidak berniat untuk merugikan sektor swasta, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata pengumuman cuti tambahan berkenaan bertujuan membantu dan mewujudkan suasana perayaan kepada rakyat menjelang sambutan Aidilfitri yang dinanti-nantikan. “Saya tidak nampak keputusan ini mengganggu sektor swasta […]

» Read more

Syawal Medan Perkukuh Parti, Erat Silaturahim Fokus Hadapi PRN, PRU16 – Johari

KUALA LUMPUR, 20 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri akan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli parti sebagai medan memperkukuh kembali UMNO. Katanya pendekatan ini penting sebagai usaha parti dalam memberi fokus mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. “Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari […]

» Read more

Sambut Aidilfitri Dengan Rasa Rendah Hati, Pererat Silaturrahim – Noraini

KUALA LUMPUR, 20 April – Bersempena Aidilfitri yang bakal menjelang, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada seluruh umat Islam. Beliau berharap agar hari raya ini disambut dengan rasa rendah hati dan tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. “Bagi pihak Wanita UMNO Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat hari […]

» Read more

KDN Bakal Bina ICQS Bukit Berapit Pengkalan Hulu Baharu

LENGGONG, 20 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bakal membina bangunan baharu Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu berhampiran pintu sempadan antarabangsa. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata pembinaan itu susulan kedudukan ICQS Bukit Berapit yang agak jauh iaitu kira-kira 700 meter dari pintu sempadan antarabangsa hingga boleh menyebabkan isu pencerobohan dan […]

» Read more

Rakyat Malaysia Di Sudan Dibawa Pulang Sebaik Keadaan Mengizinkan

PUTRAJAYA, 20 April – Proses membawa pulang 32 rakyat Malaysia yang terkandas di Sudan ke tanah air akan dilakukan sebaik keadaan mengizinkan, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Bercakap pada sidang media berkaitan situasi di Sudan di sini semalam, Zambry berkata semua rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan selamat di tujuh lokaliti dan dibekalkan dengan bekalan makanan […]

» Read more

Pasca Pemilihan: Para Perwakilan Matang Tentu Barisan Kepimpinan, Bentuk Gabungan Pelbagai Sudut

KUALA LUMPUR, 19 April – Keputusan Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 lalu memperlihatkan para perwakilan matang dalam membuat keputusan untuk menentukan barisan kepimpinan yang terbentuk dari pelbagai sudut. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melihat kepada keputusan untuk jawatan Naib Presiden, para perwakilan sudah semestinya percaya bahawa gabungan ini dapat membantu parti bangun semula. “Kalau kita […]

» Read more

Proses Tapisan Dan Senarai Pendek Calon PRN  Sedang Diteliti – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 19 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata proses senarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri akan datang masih dalam penilaian serta tapisan. Menurut beliau masing-masing akan melalui proses tersebut sebelum ianya diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dibuat keputusan dan kali […]

» Read more

‘Pesta’ Sokongan Kepada MB Kedah Timbulkan Pelbagai Persepsi – UMNO Kedah

KUALA LUMPUR, 19 April – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya cukup hairan melihatkan seolah-olah wujud ‘pesta’ melontarkan sokongan kepada Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Seri Sanusi Md Noor kebelakangan ini dan ianya menimbulkan pelbagai persoalan. Malah kata beliau di media sosial dan sebagainya, umum dapat melihat tiba-tiba timbul coretan-coretan yang pelbagai dengan masing-masing memberi sokongan […]

» Read more
1 1,155 1,156 1,157 1,158 1,159 2,355