Agong Titah Agensi Kerajaan Jangan Leka, Lebih Proaktif Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru agensi kerajaan yang berkaitan supaya tidak leka dan lebih proaktif melaksanakan tanggungjawab menyelamatkan mangsa banjir. Seri Paduka Baginda bertitah ini termasuklah dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa terperangkap termasuk mereka yang berada di pedalaman. Menerusi catatan dimuat naik di laman Facebook Istana Negara, Seri […]

» Read more

Loji Insinerator Pulau Langkawi Kurangkan Kebergantungan Di Tapak Pelupusan

ALOR SETAR, 21 Dis – Loji Insinerator Pulau Langkawi berkapasiti pembakaran pada tahap 80 tan sisa pepejal isi rumah sehari dapat mengurangkan kebergantungan pelupusan sisa ke tapak pelupusan sedia ada, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata pengoperasian loji insinerator bakal memberi manfaat kepada penduduk Pulau Langkawi selain membolehkan aktiviti ekonomi setempat berteraskan […]

» Read more

Banjir: Akur Arahan Pihak Berkuasa Untuk Berpindah – PM

BERA, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta penduduk yang terjejas banjir supaya akur untuk berpindah jika diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa. Beliau berkata arahan berpindah dibuat atas faktor keselamatan selain sebagai langkah berwaspada memandangkan pihak berkuasa mengetahui ramalan cuaca atau bahaya yang mungkin berlaku. “Kita juga bimbang kerana banjir gelombang kedua boleh berlaku…bila diarahkan […]

» Read more

Dewan Negara Lulus Bajet 2022

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022). Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Rang Undang-undang Perbekalan 2022 itu melalui tempoh tiga hari perbahasan dan penggulungan oleh 27 kementerian selepas dibentangkan di Dewan pada 14 Dis. Rang undang-undang […]

» Read more

Perak Kaji Lebih Banyak Kawasan Untuk Diiktiraf Geopark Kebangsaan

IPOH, 21 Dis – Perak akan mengkaji lebih banyak lokasi bersejarah yang berpotensi diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan baharu selepas Lenggong dan Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya turut mengenal pasti dan memastikan lokasi berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Program Pembangunan Geopark Kebangsaan yang diterajui kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). […]

» Read more

Langkah Segera Bantu Mangsa Banjir, Southern Volunteers Hantar Bantuan Logistik

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan Negeri Johor melalui gerak kerja Southern Volunteers mengambil langkah segera dengan menghantar bantuan logistik bagi membantu mangsa banjir di Selangor, semalam. Pengerusinya, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor melahirkan rasa syukur kerana gerak kerja Fasa 1 yang melibatkan peruntukan RM50 ribu telah selamat dilaksanakan. “Alhamdulillah RM50 ribu kurnia daripada Tengku […]

» Read more

PM Nasihatkan Mangsa Banjir Jaga Kesihatan Meskipun Dalam Bencana

JELEBU, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan mangsa banjir untuk terus menjaga kesihatan diri masing-masing, terutama dalam keadaan kecemasan dan bencana. “Dalam keadaan kecemasan macam ini perlu jaga kesihatan, susah juga kalau tak sihat dan pastikan makan dengan cukup,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang […]

» Read more

Bantuan Kewangan Kepada Mangsa Banjir Perlu Disegerakan

JELEBU, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu pembayaran bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas banjir disegerakan. Katanya beliau telah membangkitkan perkara itu semasa mempengerusikan mesyuarat khas bersama menteri besar negeri yang terlibat banjir supaya memfokuskan kepada operasi pasca bencana alam itu. “Saya telah umum semalam, kerajaan sediakan peruntukan awal. Makna ada lagi. Peruntukan […]

» Read more

Tingkatkan Kawalan Sempadan Negara, Titah Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 21 Dis – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menegaskan kedaulatan dan keselamatan negara perlu sentiasa diberi keutamaan dengan terus mempertingkatkan kawalan di pintu masuk utama serta sempadan negara. Baginda yang berkenan menerima menghadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini, menzahirkan perkara itu kepada menteri berkenaan, dalam satu pertemuan yang berlangsung hampir dua […]

» Read more

Akui Kelemahan, Urus Banjir Akan Ditambah Baik, Tanggungjawab Bersama – PM Ismail Sabri

JELEBU, 21 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa. Beliau berkata tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting. “Saya tidak menafikan (kelemahan) dan akan menambah baik pada […]

» Read more
1 1,040 1,041 1,042 1,043 1,044 1,904