UTM Universiti Pertama Di Malaysia Tawar Ijazah Sarjana Muda AI – Zambry

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi fakulti pertama yang menawarkan bidang pengajian teknologi kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Menurut beliau, silibus yang diperkenalkan pada kursus tersebut adalah menepati dengan kehendak pasaran. “Terkini KPT dengan kerjasama UTM sedang membangunkan fakulti pertama di Malaysia sebagai satu usaha memenuhi keperluan semasa. […]

» Read more

Penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen Akan Dibentangkan Tidak Lama Lagi – Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu akan dibentangkan tidak lama lagi. Beliau berkata langkah reformasi ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan Madani ke arah memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dengan badan eksekutif, dan akan […]

» Read more

Kerajaan Madani Komited Perkasa Parlimen, ‘Kami Cakap, Kami Buat’ – Azalina

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kerajaan Madani komited memperkasa Parlimen sebagai kuasa autonomi pentadbiran dan kewangan dalam menentukan hala tuju badan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau berkata, ia bagi memberi kebebasan kepada badan itu untuk sebarang keputusan yang dibuat. “Kita hendakkan Parlimen bebas mempunyai kuasa sendiri menentukan hala […]

» Read more

Kerajaan Beri Perhatian Serius Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang Di Malaysia – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan kerajaan sentiasa memberi perhatian serius dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia. Menurut beliau, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang diterajui oleh kementerian dan dianggotai 22 kementerian, agensi, organisasi lain dan badan bukan Kerajaan (NGO) merupakan penyelaras dan pelaksana kepada […]

» Read more

JKM Jalan Operasi Tangani Isu Pengemis Di Kuala Lumpur Dan Kawasan Hotspot Lain – Noraini

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menjalankan beberapa tindakan dalam usaha menangani isu pengemisan secara jangka pendek dan jangka panjang. Katanya yang juga Ketua Wanita UMNO, antara usaha-usaha yang sedang dilakukan adalah melalui ops menyelamat orang-orang papa secara serta merta (ad-hoc), berjadual […]

» Read more

Malaysia Kekal Prinsip Sokong Kembalikan Hak Mutlak Bebas Kepada Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Malaysia kekal dengan pendekatan prinsip iaitu menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel, kata Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Tegasnya, Kementerian Luar Negeri sentiasa mempertingkat usaha dalam mempertahankan kepentingan negara dan menjadi suara utama dalam memperjuangkan keadilan serta keamanan sejagat. “Dunia kini berhadapan dengan cabaran geopolitik global dan […]

» Read more

Kertas Kabinet Mengenai Isu Pekebun Kecil Getah Sedang Disediakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang menyiapkan kertas Kabinet bagi mengatasi pelbagai permasalahan yang melanda pekebun kecil getah di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata antara isu yang akan dibangkitkan dalam kertas Kabinet berkenaan adalah seperti penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis (LDP), kekurangan tenaga kerja […]

» Read more

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B Bakal Bermula Suku Kedua Tahun 2024

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Projek Lebuh Raya Pan Borneo Fasa 1B akan dilaksanakan dengan tempoh pembinaan selama lima tahun dan dijangka akan bemula seawal suku kedua tahun 2024. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkara, projek fasa satu pembinaan lebuh raya dengan anggaran jarak 706 kilometer itu dibahagikan kepada 35 pakej kerja. “Pelaksanaan projek fasa satu Lebuh […]

» Read more

Kesesakan Jalan Raya, Hasil Padi Serta Kenaikan Elaun TVET Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Isu berkaitan kesesakan jalan raya, peningkatan hasil padi serta kenaikan elaun bagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) meminta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah strategi dan tindakan yang diambil kerajaan bagi mengatasi […]

» Read more

KPF Trading Dalam Proses Muktamadkan Penstrukturan Semula D’Mart – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mac – KPF Trading Sdn Bhd sedang dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula operasi D’Mart dengan model perniagaan baharu yang lebih sesuai dengan komuniti di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penstrukturan itu melibatkan perbincangan model perniagaan yang membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu […]

» Read more
1 30 31 32 33 34 45