SPRM Tiada Integriti Jika Bertindak Hanya Kepada UMNO

SIDANG Media pertama SPRM semalam hanya membuktikan Puan Latheefa Koya hanya sebagai alat Regim Pakatan Harapan (PH) untuk mengalih isu dalaman PKR yang semakin kronik. Memanaskan kembali isu 1MDB tidak akan memberi kesan kepada majoriti rakyat. 1MDB sudah dikira isu lapuk. Regim PH perlu bergerak kehadapan sebagai kerajaan. Menyelesaikan banyak isu yang menindas rakyat terutamanya golongan B40. 2. Sidang Media […]

» Read more

Jangan Biar Tangan Ghaib Musnahkan Perpaduan Ummah

BESUT, 21 Jun – Pergerakan Wanita UMNO akan berusaha memastikan Perpaduan Ummah dan kerjasama dengan Pas menjadi lebih mantap bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Naib ketua pergerakan itu, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, semua pihak dalam UMNO termasuk sayap-sayap mesti berwaspada dengan ‘tangan-tangan ghaib’ kalangan pihak yang sentiasa mencemburui ‘keintiman’ hubungan itu. Katanya, hubungan yang […]

» Read more

Adakah Tragedi Di Sungai Kim-Kim Akan Berulang Kembali? – Hairi

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata sewajarnya Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bertanggungjawab dan mempercepatkan siasatan yang berlaku di Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang. Kata Hairi, sepatutnya Sahruddin mempercepatkan siasatan berkenaan dengan mencari punca dan bukannya mengatakan kepada rakyat jangan khuatir dan risau dengan apa yang berlaku […]

» Read more

Muktamar PAS: Agenda Penyatuan Ummah Dapat Dijelaskan Secara Menyeluruh – Tok Mat

KUANTAN, 21 Jun – Agenda penyatuan ummah yang akan dibincang serta dibahas pada Muktamar PAS ke-65 kali ini akan membuka ruang selain dapat memberi penjelasan kepada akar umbi untuk merungkai segala silap faham yang timbul selama ini berhubung perkara berkenaan. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara berkenaan tentunya dapat dikupas serta dibahas […]

» Read more

PAS-UMNO Serius Bentuk Pembangkang

KUANTAN, 21 Jun – PAS dan UMNO serius dan komited dalam usaha membentuk barisan pembangkang yang terbesar dan konstruktif untuk berperanan sebagai semak dan imbang kepada ‘kerajaan huyung-hayang’ Pakatan Harapan (PH). Segala kudrat dan tenaga akan disatukan sebagai usaha menghalang negara dari terus ke lembah kehampaan, ketegangan dan konflik berpanjangan PH yang menimbulkan pelbagai kecelaruan dan kebimbangan kepada rakyat selepas […]

» Read more

Pemuda UMNO Sepakat Fokus Penyatuan Ummah Dan Solidariti Parti, Tolak Politik Picisan

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini bersepakat untuk memfokuskan kepada agenda gerak kerja penyatuan ummah yang melibatkan UMNO-PAS dan memperkasakan solidariti dalaman parti bagi menghadapi sebarang kemungkinan Pilihanraya Umum yang diadakan pada bila-bila masa. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdu Dusuki seterusnya menyangkal sebarang andaian dan tohmahan yang mendakwa wujudnya usaha-usaha menyingkirkan mana-mana […]

» Read more

PAS Rakam Penghargaan Kepada Kerajaan Pahang

KUANTAN, 20 Jun – PAS mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas kerjasama diberikan sempena persidangan Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di negeri terkenal dengan jolokan Tok Gajah ini. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada program rasmi tahunan PAS, malah jamuan makan turut disediakan kepada kehadiran perwakilan […]

» Read more

Mengapa Azmin Perlu Letak Jawatan…

TADI di UK Dr. Mahathir berkata beliau akan menjual lagi aset-aset negara kepada pelabur-pelabur dari Britain. Aset-aset yang akan dijual ini kononnya adalah aset-aset yang tidak membawa keuntungan, dan penjualan ini adalah untuk mengurangkan hutang negara. Beliau berkata ada beberapa pelabur Britain yang berminat untuk membeli aset-aset ini. Dr. Mahathir berkata, “Kita ada banyak aset… kita ada tanah, syarikat milik […]

» Read more

Rebut Jawatan PM, Kebejatan Moral… Jangan Heret Rakyat, Rakyat Sudah Bosan

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunjukkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ini kerana katanya, pemimpin PH masih lagi bergelut dengan polemik jawatan perdana menteri dan isu kebejatan moral segelintir pemimpinnya. “Rakyat mahukan isu ringgit diperbaiki dengan segera dan isu ekonomi rakyat, barangan harga […]

» Read more

Jangan Ikut Rentak PH… UMNO Satu Lagu, Satu Gendang, Satu Tarian – Mohamad

RAWANG, 16 Jun – Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata akar umbi UMNO adalah teras utama dalam keperkasaan parti. Katanya, jangan ingatkan seorang atau dua orang pimpinan UMNO lari meninggalkan parti maka UMNO tergugat kerana UMNO akan tetap terus teguh dan tidak akan hancur. “Kita dah menang 13 kali… baru kalah sekali dah […]

» Read more
1 364 365 366 367 368 413