Dengan Izin Allah, PRU-15 Milik Kita – Najib

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin UMNO akan bangkit daripada kekalahan dan akan merampas kembali tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Najib berkata, oleh itu, ahli-ahli UMNO diminta untuk lawan dan berjuang habis-habisan bersamanya untuk memastikan misi itu tercapai lebih-lebih lagi melihat kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang […]

» Read more

Penyatuan UMNO-PAS Demi Kalimah ‘Lailahaillallah’

POKOK SENA, 29 Jun – Ketua UMNO bahagian Pokok Sena Datuk Said Ali Syed Rastan berkata, kerjasama UMNO dan PAS bukan kerana ada kepentingan tertentu tetapi kerana kepentingan untuk mempertahankan kalimah ‘Lailahaillallah’. Ujar beliau, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pucuk pimpinan negara, agama Islam dilihat semakin dicabar walaupun ia merupakan agama rasmi negara ini. “Kita berasa marah dan terancam […]

» Read more

Kembalikan Integriti SPRM Untuk Adil, Tegas Dan Berani… Tolak Diperkudakan

PUTRAJAYA, 28 Jun – Gerakan Tuntut 1.0 hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikembalikan integritinya untuk terus adil, tegas dan juga berani setelah hari ini ia seakan diperkudakan oleh tangan-tangan parti politik. Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata, SPRM kini yang diterajui oleh Latheefa Koya dilihat hilang integriti dan tidak mustahil semakin hari semakin kabur tugasnya di samping mempunyai […]

» Read more

Ranjau Ta’awun Ke Kemuncak Agenda Ummah

PERUBAHAN sosial adalah perubahan budaya yang membawa kepada perubahan pola fikir dan akhirnya membawa kepada perubahan politik.Bagi mengimbangi perubahan ini penting bagi kita membezakan antara usaha “politiking” dan usaha politik yang berjalan mengikut pendekatan yang seimbang antara siyasah dan period peradaban masyarakat. Malik bin Nabi menggariskan bahawa “berpolitik perlu disertai ilmu sosiologi, bukan semata-mata kegiatan yang bersifat anarkis dan perlu […]

» Read more

DMJ Cadang PH Reformasi DUN Johor

JOHOR BAHRU, 26 Jun – Dewan Muda Johor (DMJ) mencadangkan supaya kerajaan negeri melaksanakan reformasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekali gus menjadi bukti komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengukuhkan fungsi institusi DUN yang lebih telus, diyakini dan mencerminkan kehendak rakyat. Menurut DMJ, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan kerajaan negeri adalah melantik wakil pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Telus Kos Ambil Alih Empat Lebuh Raya

SEREMBAN, 26 Jun – Kementerian Kewangan perlu menjelaskan kos spesifik pengambilalihan empat tol konsesi daripada syarikat Gamuda yang menelan belanja RM6.2 bilion. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias berkata, beliau tidak melihatnya sebagai langkah strategik kerana kebanyakan konsesi tol lebuh raya berkenaan hampir tamat. Tegasnya, kerajaan perlu lebih telus menerangkan kepada rakyat setiap kos yang dibayar kepada syarikat dan memastikan […]

» Read more

Pencemaran Gas Di Pasir Gudang, Kerajaan PH Tak Ambil Pengajaran

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berasa cukup sedih dan kecewa apabila mengetahui kejadian kali ke-2 melibatkan pencemaran gas dan kimia sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat terutamanya para pelajar sekolah di Pasir Gudang. Katanya, sehingga ke hari ini, lebih 15 buah sekolah terkesan melibatkan sejumlah besar pelajar sekolah di Pasir Gudang telah mengalami masalah […]

» Read more

PH Defisit Sokongan… Kepercayaan Rakyat Makin Tipis – Najmil

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Mohd Faiz berkata sejak memegang tampuk kerajaan pada 9 Mei 2018 yang lalu sehingga ke hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal melaksana manifesto yang telah dijanjikan, malah telah dilihat merosakkan insitusi pentadbiran awam yang selama ini menjadi elemen semak dan imbang seperti SPRM melalui lantikan […]

» Read more

Jom Jadi Ahli Keluarga UMNO, Daftar ‘Online’ Pun Boleh…

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Sesuai dengan peredaran zaman kini maklumat di hujung jari, UMNO melangkah ke hadapan dengan mengaktifkan permohonan keahlian parti secara dalam talian (online). Kini di mana-mana sahaja, warganegara Malaysia berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas amat mudah untuk menjadi ahli keluarga besar UMNO. Selain melalui kaedah konvensional, keahlian secara ‘online’ boleh dicapai […]

» Read more

Bangkit Bela Rakyat Yang Kini Ditipu Oleh PH – Rizuan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid menyeru ahli-ahli UMNO tetap bangkit bagi membela rakyat yang kini ditipu oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Menurut Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia itu, rakyat semakin lama semakin hilang keyakinan terhadap keupayaan pemimpin PH dalam mentadbir negara. “Kini, kita sebagai pembangkang selain menjadi ‘check and balance’ kepada […]

» Read more
1 363 364 365 366 367 413