PH Defisit Sokongan… Kepercayaan Rakyat Makin Tipis – Najmil


KUALA LUMPUR, 24 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Najmil Mohd Faiz berkata sejak memegang tampuk kerajaan pada 9 Mei 2018 yang lalu sehingga ke hari ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal melaksana manifesto yang telah dijanjikan, malah telah dilihat merosakkan insitusi pentadbiran awam yang selama ini menjadi elemen semak dan imbang seperti SPRM melalui lantikan politik.

Malah menurut beliau, isu hangat seperti sijil masih senyap sehingga ke hari ini dan tiada tindakan diambil oleh kerajaan atas penipuan kelayakan berkenaan selain slogan ‘Selamatkan Malaysia’ dilihat bertukar sebaliknya hari ini.

“Terlalu banyak kelemahan dan kerosakkan yang dilakukan kerajaan PH untuk disenaraikan yang dilihat semakin menggadaikan masa depan negara dan rakyat. Ke manakah hala tuju negara dan nasib rakyat Malaysia dibawah PH?

“Kini terbukti kerajaan PH bukanlah kerajaan yang mampu membela nasib rakyat, malah merosakkan masa depan rakyat. Hari demi hari, rakyat semakin terbeban dengan tiadanya pembelaan daripada kerajaan,” katanya menerusi catatan di facebooknya hari ini.

Katanya lagi itu belum lagi, menyentuh soal kegagalan kerajaan menangani masalah yang dihadapi rakyat seperti peningkatan kadar pengangguran, kenaikan harga barang, peningkatan tarif elektrik dan pelbagai lagi.

“Kadar pengangguran golongan belia Malaysia adalah tinggi iaitu 10.8 peratus kerana tiadanya inisiatif kerajaan untuk membantu golongan ini.

“Bukan sahaja golongan B40 yang terbeban untuk memiliki rumah yang semakin mahal, malah golongan M40 juga terkesan. Sehingga hari ini, tiada usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.