Momokan PH Hutang Negara RM1 Trilion Bakal Jadi Kenyataan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Akhirnya momokan hutang negara RM1 trilion bakal menjadi kenyataan namun bukan di bawah pimpinan kerajaan terdahulu, tetapi adalah di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH). Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad berkata hutang negara RM1 trilion yang selama ini dicanang oleh PH rupanya ada udang sebalik batu kerana mereka seperti telah merancang awal bagi […]

» Read more

Ekonomi Negara Di Bawah PH Tiada Hala Tuju, Makin Merudum – Najib

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ekonomi negara semakin merudum apabila Pakatan Harapan (PH) memerintah negara ini. Katanya, sepanjang berkhidmat menjadi Perdana Menteri sebelum ini, prestasi ekonomi negara lebih tinggi dan ia digeruni oleh negara-negara Asia seperti Hong Kong, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan. “Tempoh sembilan tahun menjadi Perdana Menteri, […]

» Read more

Pembatalan Bantuan Pekebun Kecil… Kerajaan PH Dera Rakyat Marhain

ALOR SETAR, 7 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengumuman Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim untuk menamatkan bantuan khas pekebun kecil adalah satu penderaan kepada masyarakat luar bandar. Jelas beliau, pengumuman tersebut juga disambut dengan penuh kesedihan kerana ia menambahkan lagi penderitaan pekebun kecil sawit di seluruh negara. “Sudahlah tertekan dengan […]

» Read more

PH Zalim… Kembalikan Bantuan Tanaman Semula Kepada Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) didesak supaya mengembalikan semula skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil agar nasib golongan berkenaa dapat dibela. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata pengumuman Menteri Industri Utama, Teresa Kok bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim tersebut adalah perkara yang dianggap zalim dan tidak adil. Menurut […]

» Read more

Tamatkan Bantuan Penanaman Semula, PH Tambah Sengsara Perkebun Kecil

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Bebanan demi bebanan kepada pekebun kecil, mereka terus ditekan oleh kerajaan apabila bantuan penanaman semua untuk pekebun kecil ditamatkan, tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kerajaan ekoran tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada […]

» Read more

Rakyat Kecewa… Kerajaan Negeri Selangor Sekarang Caca Marba – Rosni

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Wanita UMNO Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar membidas Kerajaan Negeri Selangor yang hari ini penuh dengan caca marba selain pelbagai janji-janji dalam kempen Pilihan Raya Umum (PRU) hanya sekadar janji manis untuk dijadikan gula-gula rakyat. Ujar beliau, dasar-dasar insentif bantuan rakyat negeri Selangor yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan (PH) pun akhirnya memakan dirinya sendiri […]

» Read more

UMNO Dukung Perlembagaan Negara, Tidak Akan Biarkan Mana-Mana Pihak Hancurkannya

BAGAN DATUK, 5 Ogos – Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, UMNO akan sentiasa mendukung perlembagaan negara dan tidak akan membiarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghancurkan keharmonian negara ini. Jelas beliau, perlembagaan negara akan terus menjamin hak semua kaum dan tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk mempertikaikan perlembagaan negara. “Baru-baru ini ada pihak yang nak uji keutuhan […]

» Read more

Pembangkang Selangor Sokong MB Lawan Dap Demi Kepentingan Islam

SHAH ALAM, 5 Ogos – Ketika isu pertembungan politik di antara Amirudin Shari dengan Dap hingga menyaksikan usul memperkasa agama Islam gagal dibawa dan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semakin hangat diperkatakan, UMNO serta pembangkang negeri ini tampil memberikan sokongan kepada Menteri Besar tersebut. Ketua Pembangkang, Rizam Ismail berkata, UMNO serta pembangkang mengamalkan politik matang dan melihat kepada […]

» Read more

Orang Kata UMNO Akan Lumpuh, Lemah… Tapi UMNO Masih Berakar Umbi, Mustahil Mati – Ku Li

BAGAN DATUK 4 Ogos – “Orang kata kita (UMNO) akan lumpuh, kita lemah tapi dari apa yang saya lihat, UMNO masih berakar umbi, masih kuat, masih gagah… mustahil UMNO mati, mustahil UMNO hancur,” ujar Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah. Jelas beliau, sekiranya kesungguhan dan semangat membara yang ada sekarang ini terus ditunjukkan maka tidak mustahil UMNO akan terus […]

» Read more

Kerana PH, Terlalu Banyak Kerosakan Berlaku – Ahmad Zahid

BUKIT BERUNTUNG, 3 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negeri Selangor semakin mundur apabila ditadbir oleh Pakatan harapan (PH). Katanya, walaupun negeri Selangor ini sudah beberapa kali bertukar Menteri Besar namun tiada satu pun kebaikan yang diberikan kepada rakyat, semuanya menjadi rosak akibat ketamakan sesama sendiri. “Hakikatnya bagaimana negeri Selangor ditadbir oleh Menteri Besar yang […]

» Read more
1 355 356 357 358 359 413