Tamatkan Bantuan Penanaman Semula, PH Tambah Sengsara Perkebun Kecil


KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Bebanan demi bebanan kepada pekebun kecil, mereka terus ditekan oleh kerajaan apabila bantuan penanaman semua untuk pekebun kecil ditamatkan, tegas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kerajaan ekoran tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak sebagaimana yang dimaklumkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

“Tindakan ini adalah satu tekanan terhadap pekebun kecil dengan keadaan nilai hasil semakin jatuh setiap hari. Inilah bezanya pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, jika kita lihat bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan BN adalah untuk memberi kemudahan serta sokongan moral kepada pekebun terus komited dalam menjalankan aktiviti pertanian, malahan ia adalah satu bantuan yang meringankan beban pekebun kecil.

“Bantuan yang diwujudkan ini adalah untuk mengalakan kepada golongan luar bandar atau desa menjalankan aktiviti pertanian dan tanaman mereka, di samping menjana pendapatan mereka untuk harian.

“Pinjaman yang diwujudkan ini adalah satu tindakan yang sangat tidak progesif kerana pekebun kecil ini mempunyai margin keuntungan yang kecil. Namun, ia akan menjadikan had keuntungan kepada pekebun ini terhad serta kecil.

“Jika untuk pekebun besar atau tanaman yang berskala besar ia adalah releven untuk diwujudkan skim tersebut, tetapi mereka ini hanyalah pekebun kecil yang menjalankan aktiviti tanaman sekala kecil-kecilan. Ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.”

Tegas beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Tunas Muda, kajian yang lebih teperinci perlu dilakukan sebelum menamatkan sebarang bantuan kepada rakyat.

“Mereka ini perlu diutamakan dalam pelbagai aspek agar kebajikan mereka semua terus terjamin. Setiap bantuan itu mempunyai nilai yang tinggi kepada mereka walaupun kecil jumlahnya tetapi dapat meringankan beban mereka.”

Justeru katanya, menteri perlu perhalusi lagi akan segala tindakan yang dilakukan kerana ia memberi kesan kepada industri negara. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.