Kerana PH, Terlalu Banyak Kerosakan Berlaku – Ahmad Zahid


BUKIT BERUNTUNG, 3 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata negeri Selangor semakin mundur apabila ditadbir oleh Pakatan harapan (PH).

Katanya, walaupun negeri Selangor ini sudah beberapa kali bertukar Menteri Besar namun tiada satu pun kebaikan yang diberikan kepada rakyat, semuanya menjadi rosak akibat ketamakan sesama sendiri.

“Hakikatnya bagaimana negeri Selangor ditadbir oleh Menteri Besar yang baru, perkara yang dibawa oleh Menteri Besar atas kelemahan mereka hinggakan hari ini terlalu banyak kerosakan dan kebejatan di negeri Selangor.

“Apabila pembatalan program rakyat yang kerajaan negeri tawarkan seperti kad kesihatan, khairat kematian, tawas dan sebagainya dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sedangkan itu semua janji mereka.”

Ahmad Zahid menjelaskan, khairat kematian hanya ada sewaktu PRU, selepas PRU tiada khairat kematian, tapi takkan tidak ada kematian selepas PRU.

Tambahnya lagi, walaupun guruh di langit air tempayan telah dicurahkan namun kalau mereka anak jantan, kalau mereka benar-benar ikhlas maka rakyat Selangor menuntut agar program-program ini dikembalikan.

“Masalah air tidak akan selesai, kasihan mereka yang tinggal ditingkat atas rumah pangsa mengambil air dan terpaksa menurun ke bawah. Bagaimana keadaannya jika generasi muda untuk memandikan jenazah jika tiada air?

“Justeru, Menteri Besar Selangor harus bertanggungjawap dengan apa yang terjadi khususnya di Selangor, kerana mereka telah banyak berjanji kepada rakyat,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.