‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, Laporan Tidak Berasaskan Fakta – Fadzli

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata laporan berita dalam Sinar Harian semalam yang bertajuk ‘Kemenangan Bermakna Pekebun Musang King’, telah menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat. Sedangkan tegas beliau keputusan mahkamah semalam hanyalah berhubung permohonan interlokutori pihak Royal Pahang Durian dan perjalanan berhubung soal berkenaan masih jauh dan perlu melalui proses seterusnya. […]

» Read more

Anggaran Pelaksanaan PRN Enam Negeri RM420 Juta – SPR

PUTRAJAYA, 5 Julai – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan melibatkan perbelanjaan RM420 juta. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata 153,760 petugas akan dilantik bagi membantu melancarkan pengendalian proses PRN berkenaan, dan 173 pusat penamaan calon serta […]

» Read more

SPR Umum PRN Enam Negeri Serentak, Mengundi 12 Ogos

PUTRAJAYA, 5 Julai – Pengundi di enam negeri akan menjalankan tanggungjawab pada 12 Ogos untuk keluar mengundi apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam pengumuman hari ini berkata berkata tarikh penamaan calon bagi pelaksanaan PRN di enam negeri itu […]

» Read more

Gaji Minimum: Puteri UMNO Sambut Baik, Harap Dilaksana Pada MTEN Kelak

KUALA LUMPUR, 5 Julai – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Siti Nuruldiayana Mat menyambut baik kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang menyatakan bahawa kerajaan perlu mengetatkan keseimbangan dan memastikan kenaikan gaji secara beransur-ansur. Katanya, perkara itu diharapkan dapat dilaksanakan melalui pelaksanaan gaji minimum dan sebahagian lagi menerusi gaji progresif yang bakal dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Ogos […]

» Read more

UMNO Kedah Yakin Ahlinya Kekal Beri Sokongan Kepada Kerajaan Perpaduan

ALOR SETAR, 3 Julai – UMNO Kedah yakin ahli-ahlinya masih kekal dengan semangat parti dan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kehilangan sokongan ahli UMNO ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pada ketika itu yang kini […]

» Read more

Nilai Aset Kerajaan Persekutuan Melebihi RM1 Trilion Setakat Ini – Ahmad Maslan

JOHOR BAHRU, 2 Julai – Nilai aset kerajaan Persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata angka itu adalah berdasarkan penilaian melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan yang dibuat Jabatan Akauntan Negara dan juga Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tempoh 10 tahun sejak 2013. Ahmad berkata nilai aset kerajaan […]

» Read more

Rakyat Kedah Yakin Gabungan BN Dan PH Mampu Tawan Negeri – Azman Azeez

  KUALA LUMPUR, 28 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez menyifatkan parti pembangkang tidak mampu mempertahankan negeri Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Menurutnya, kerjasama yang erat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu dibuktikan dengan menawarkan pelbagai insentif yang memberi manfaat buat rakyat. “Sudah semestinya kelebihan kedua-dua gabungan besar ini dapat memberikan […]

» Read more

Tuntutan Sulu : Malaysia Peroleh Kemenangan Penting

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Malaysia sekali lagi memperoleh kemenangan bagi kes Sulu apabila keputusan Mahkamah Rayuan The Hague memihak kepada negara dengan dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak mendakwa sebagai waris kesultanan Sulu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut sekali gus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang menuntut untuk […]

» Read more

Tengku Zafrul: Rangka Kerja ESG Sektor Pembuatan Boleh Manfaat Peluang Bernilai US$200 Bilion

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Rangka Kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) Kebangsaan bagi Sektor Pembuatan yang akan dilancarkan pada September 2023, boleh memanfaatkan perniagaan hijau yang semakin berkembang di Asia Tenggara dianggarkan bernilai US$200 bilion (US$1=RM4.67) menjelang 2030. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata rangka kerja itu terdiri daripada empat […]

» Read more

UMNO/BN Pulau Pinang Siap Siaga Hadapi PRN – Musa Sheikh Fadzir

TASEK GELUGOR, 27 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang sudah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diumumkan kelak. Ini kerana katanya kesiapsagaan serta persediaan jentera parti lebih awal akan memudahkan gerak kerja bagi menghadapi PRN tanpa menunggu di saat-saat akhir. “Insya-Allah jentera pilihan […]

» Read more
1 181 182 183 184 185 407