Junjung Kasih Titah Sultan Kedah, Elak Berpolitik Dan Fokus Pada Pembangunan – Norsabrina

BANDAR BAHARU, 22 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu tahap profesionalisme ditekankan kerajaan negeri bagi menjayakan agenda pembangunan digiatkan demi kebaikan rakyat. Katanya Norsabrina, titah Baginda adalah satu penekanan yang jelas bahawa tumpuan sepenuhnya mesti dilaksana oleh kerajaan negeri bagi memastikan […]

» Read more

Kongres Ekonomi Melayu Bakal Tingkatkan Kehidupan Anak Muda – Aliff Hilmi

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Mohamad Aliff Hilmi berpandangan Kongres Ekonomi Melayu yang bakal diadakan oleh pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO adalah satu manifestasi kepada pelapis kepimpinan muda. Ini kerana katanya Kongres Ekonomi Melayu akan dapat meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu khususnya anak-anak muda dan seterusnya turut memberi kesan pada negara. “Kongres Ekonomi Melayu yang bakal […]

» Read more

IPTA Perlu Lakukan Penilaian Risiko Penganjuran Aktiviti Sosial Termasuk Konsert

KOTA TINGGI, 17 Jun – Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini perlu melakukan penilaian risiko terhadap sebarang penganjuran aktiviti sosial termasuk konsert. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bagi memastikan pengisian program yang dijalankan tidak mencemarkan imej universiti awam. “Soal anjur konsert bukan perkara baharu, kalau kita lihat setiap konvokesyen memang akan ada program-program […]

» Read more

Pelaburan Perak Memberangsangkan, Berada Di Empat Negeri Teratas – MB

IPOH, 15 Jun – Pelaburan di Perak menyaksikan prospek yang amat memberangsangkan apabila berada antara empat negeri teratas yang menarik sebahagian besar pelaburan diluluskan iaitu RM7.1 bilion pada suku kedua 2023. Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 550 peratus berbanding RM1.3 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelum ini. “Dalam tempoh setahun, Perak menerima […]

» Read more

PAU 2023 Jadi Medan Pertautan Pimpinan, Akar Umbi Kembali Kukuh – Fikhran Hamshi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang telah berlangsung dengan jayanya menjadi medan untuk para pimpinan, perwakilan, ahli dan akar umbi kembali bertaut selepas pelbagai peristiwa besar berlaku dalam parti. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berkata, seiring dengan perkembangan politik yang semakin dinamik, sudah semestinya ahli-ahli parti masih keliru dengan apa yang […]

» Read more

Pas Masih Kelirukan Rakyat Kononnya Kalimah ‘Allah’ Terancam – Khairuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menempelak Pas sambil menyifatkan parti itu sengaja mengelirukan rakyat berkenaan kalimah Allah. Jelas beliau ini kerana hakikatnya telah ditegaskan berulang kali oleh kerajaan dengan pendirian tegas sebagaimana titah Raja-raja Melayu bahawa kalimah Allah adalah milik umat Islam sahaja dalam konteks di negara ini. […]

» Read more

Pindaan Akta Akauntan Mungkin Dibentang Di Parlimen Awal Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pindaan Akta Akauntan 1967, yang bertujuan menambah baik peraturan profesion perakaunan di Malaysia, mungkin dibentang pada sesi pertama Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) menyokong usaha Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu. “MIA telah […]

» Read more

UMNO Bertanggungjawab Pulihkan Semula Sokongan Orang Melayu – Noor Azleen

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Setelah menghadapi beberapa siri episod penolakan rakyat, UMNO perlu bertanggungjawab untuk memulihkan semula sokongan orang Melayu terhadap parti terutamanya dalam menuju ke Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, punca kejatuhan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada beberapa siri PRU lepas adalah disebabkan […]

» Read more

Fitnah UMNO Cawangan Taman Dato Hormat Bubar, Harakah Daily Digesa Mohon Maaf, Padam Laporan

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua UMNO Cawangan Taman Dato Hormat, Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd Jaafar dengan serius menggesa penerbit dan editor Harakah Daily membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam laporan yang berunsur fitnah berkaitan penerbitannya. Ini adalah bekaitan laporan Harakah Daily bertarikh 9 Jun menyatakan bahawa UMNO Cawangan Taman Dato Hormat telah dibubarkan ekoran 48 ahlinya meletak […]

» Read more

PAU 2023 Amat Penting, Sama-Sama Cipta Kekuatan Baharu – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) saban tahun amat penting untuk seluruh ahli UMNO dalam usaha memperkasa parti berkenaan di pelbagai peringkat khususnya dalam mendepani cabaran politik semasa hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata masing-masing perlu bermuhasabah dan menilai secara ikhlas serta mengakui kesilapan untuk langkah seterusnya bergerak ke depan dengan […]

» Read more
1 183 184 185 186 187 407