Bung Moktar Ajak Ahli UMNO Tingkatkan Iltizam, Teruskan Perjuangan Cipta Kecemerlangan

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak semua ahli UMNO agar mengambil kesempatan pada tahun baharu ini untuk menanam azam bagi meneruskan perjuangan dan mencipta kecemerlangan. Katanya UMNO khususnya di Sabah telah melalui pelbagai cabaran, ditinggalkan oleh rakan-rakan seperjuangan dalam parti, namun dengan adanya pemimpin dan ahli parti yang masih berprinsip […]

» Baca lanjut

Banjir: 4,893 Hektar Kawasan Pertanian Terjejas, Kerugian Lebih RM22 Juta

PUTRAJAYA, 2 Jan – Sebanyak 4,893.73 hektar kawasan pertanian terjejas akibat bencana banjir melibatkan 2,269 petani terkesan serta kerugian kira-kira RM22,823,601, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. “Antara kawasan pertanian yang teruk terjejas akibat banjir adalah di Kelantan,“ katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Taklimat dan Penyelarasan Situasi Bencana […]

» Baca lanjut

UMNO Penggalas Utama Dalam Kerajaan Perpaduan, Mendaulat Kedudukan Melayu-Islam – Norshida

SEGAMAT, 1 Jan – UMNO adalah penentu dan penggalas utama dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendaulatkan kedudukan Melayu-Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan, kata Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim. Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu telah berjaya membawa dimensi kestabilan politik yang kukuh kepada negara. “Setelah setahun Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi gabungan UMNO/Barisan […]

» Baca lanjut

Realisasikan Konsep Masyarakat Penyayang, Badan NGO Berperanan Bantu Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim

KUDAT, 27 Dis – Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, pertubuhan dan parti politik diminta memainkan peranan membantu rumah anak-anak yatim dan kebajikan bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang. Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, usaha ini dapat membantu memberikan sokongan kepada kerajaan dalam membantu golongan sasaran yang memerlukan. “Kita tidak menafikan saban tahun kerajaan […]

» Baca lanjut

Kembalikan Kekuatan UMNO, Hidupkan Semangat Perjuangan Dengan Aktifkan Cawangan – Jeffrey Nor

PUTATAN, 26 Dis – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed menegaskan bahawa nilai perjuangan dalam UMNO perlu diteruskan dengan mengaktifkan gerak kerja parti bukan sahaja di peringkat bahagian tetapi juga di akar umbi yang melibatkan anggota cawangan-cawangan parti. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, banyak cawangan UMNO yang sebelum ini tidak aktif selepas kekalahan Barisan […]

» Baca lanjut

Malaysia Madani Hargai Ragam Budaya Dan Agama, Raikan Kepelbagaian Kaum

PENAMPANG, 26 Dis – Usaha untuk membangun Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan kesediaan untuk mengakui, menghargai, dan meraikan keragaman budaya dan agama, sambil mencipta ruang bagi semua warganegara berganding bahu dalam arus pembangunan negara. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, perpaduan yang kuat akan membawa negara ini melewati pelbagai rintangan dan berbekalkan […]

» Baca lanjut

Pelihara Kepelbagaian Kaum, Elak Keruhkan Keharmonian Rakyat – Siti Aminah

KUALA PENYU, 25 Dis – Rakyat diingatkan agar tidak memandang ringan soal menjaga hubungan antara masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya di negara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah untuk dikekalkan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching berkata, walaupun kini rakyat Malaysia bertuah kerana masih dapat meraikan pelbagai perayaan termasuk Krismas, […]

» Baca lanjut

UMNO Parti Yang Mengutamakan Khidmat Bakti, Selami Masalah Rakyat – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU, 24 Dis – UMNO berjaya menjadi sebuah parti yang besar pengaruhnya kerana keutamannya adalah sentiasa fokus untuk khidmat kepada rakyat. Ketua UMNO Bahagian Keningau, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata ‘berkhidmat’ antara salah satu slogan parti yang telah menjadi budaya sejak ianya ditubuhkan sehingga kini malah meletakan UMNO kekal relevan sehingga ke hari ini. “Sehingga ke hari ini UMNO […]

» Baca lanjut

HAWA Penyambung Suara Antara Masyarakat Dan Kerajaan, Bawa Mesej Perpaduan – Sharizat Jalil

KLANG, 21 Dis – Program yang dilaksanakan oleh Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) merupakan satu usaha daripada pertubuhan bukan kerajaan yang menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan, demikian kata Pengerusinya, Tan Sri Sharizat Abdul Jalil. Katanya, kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini adalah menyantuni pesakit-pesakit terutamanya kanak-kanak di wad pediatrik serta menzahirkan penghargaan […]

» Baca lanjut

UMNO Sipitang Hargai Konsep Berkongsi Perayaan, Platfrom Perkukuh Malaysia Madani

SIPITANG, 20 Dis – Kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia mampu menjadi medium terbaik bagi saling kenal-mengenal dan mengukuhkan lagi jalinan kemesraan sesama masyarakat tanpa mengira perbezaan latar agama dan bangsa selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan. Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Mohd Noh berkata, sambutan Pesta Krismas yang bakal dirayakan oleh penganut Kristian minggu depan […]

» Baca lanjut
1 164 165 166 167 168 417