Kerajaan ‘Penyatuan Ummah’ UMNO, Pas di empat negeri

JASIN 9 Mac – UMNO berhasrat mewujudkan kerajaan campuran dikenali sebagai kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hasrat itu telah dibincangkan dengan Pas pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas kedua-dua parti, baru-baru ini dan ia masih di peringkat cadangan sebelum tindakan lanjut. Naib Presiden, Datuk Seri […]

» Read more

Kerjasama UMNO-PAS: Orang Melayu Dan Umat Islam Bakal Lakar Sejarah Baharu Politik Tanah Air – JMM

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berpandangan pertemuan rasmi antara UMNO dan PAS bagi membentuk jawatankuasa peringkat tertinggi antara kedua-dua parti tersebut bakal melakar sejarah yang sangat bermakna kepada orang Melayu dan Islam di negara ini. Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah yakin ramai umat Islam dan Melayu akan terus memberikan sokongan kepada usaha tersebut. […]

» Read more

Rakyat Yakin Permuafakatan UMNO-PAS Beri Kebaikan Kepada Negara – Dr Shamsul, Ustaz Nasrudin

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Majoriti rakyat semakin memberikan reaksi positif terhadap permuafakatan yang wujud antara UMNO dan PAS. Walaupun wujud segelintir pihak yang tidak senang hati melihat perpaduan antara kedua parti terbesar orang Melayu/Islam itu tetapi ia tidak melunturkan semangat pendukung yang cintakan perpaduan ummah untuk melihat kerjasama tersebut semakin utuh di negara ini. Perkara tersebut sepakat dinyatakan oleh […]

» Read more

Veteran UMNO dan As-Sabiqun PAS Main Peranan Demi Perjuangan Untuk Rakyat – Annuar Musa

SEMENYIH, 26 Feb – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa penuh yakin dan percaya golongan veteran parti baik dari UMNO dan PAS masing-masing memainkan peranan tersendiri dalam perjuangan hari ini. Menurut beliau mereka antara yang awal dalam perjuangan parti dalam membela kepentingan dan kebajikan rakyat dengan terus istiqamah menerusi saluran yang ada dan hari ini mereka masih lagi berjuang […]

» Read more

Sejarah Buktikan Bukan Baru Sekarang PAS dan UMNO Jalin Kerjasama – Hadi

BUKIT KATIL, 25 Feb – Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukanlah kali pertama UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama dan permuafakatan, ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Abdul Hadi Awang. Menurutnya, jika diungkap sejarah, ketika penjajah British mahu mencengkam agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini dengan hasrat menubuhkan Malayan Union, ketika itulah semua orang Melayu melalui pelbagai […]

» Read more

UMNO-PAS Tidak Perlu ‘Berkahwin’, Tetap Bekerjasama – Hadi

MELAKA 25 Feb. – PAS membuat keputusan untuk tidak membentuk gabungan dengan UMNO namun kedua-dua parti itu akan tetap bekerjasama bagi memastikan kesinambungan perjuangan orang Melayu dan umat Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gabungan atau ‘perkahwinan’ antara Pas dan UMNO tidak mungkin berlaku kerana menganggap kedua-duanya sebagai parti adik-beradik. “Kita adik-beradik memang tidak boleh bernikah tetapi […]

» Read more

UMNO-PAS Satu Matlamat Terus Kerjasama Hingga PRU-15 Menuju Putrajaya

BUKIT KATIL, 25 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO dan PAS harus meneruskan kerjasama yang terjalin agar kedua-dua parti ini dapat menakluki Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Justeru jelas beliau, kedua-dua parti ini harus saling ingat-mengingati dan berpegang kepada prinsip masing-masing demi kekuatan bersama. “Kita harus melatih semua jentera, melatih semua pemimpin untuk […]

» Read more

Ceramah Perdana Di Bukit Katil Sekali Lagi Buktikan Kerjasama Utuh UMNO – Pas

BUKIT KATIL, 24 Feb – Walaupun ada pihak yang cuba merosakkan hubungan erat yang terjalin antara UMNO dan Pas, namun ia sedikitpun tidak mempengaruhi akar umbi kedua-dua parti tersebut. Ini terbukti apabila lebih 5,000 menghadiri Ceramah Perdana “Islam Memimpin, Demi Perpaduan Ummah” BN dan Pas di Bukit Katil, malam ini. Meskipun ada yang terpaksa duduk di atas tar, orang ramai […]

» Read more

Pemuda UMNO Dan Kesatuan Pelajar Desak Siasat Segera Penggunaan Sijil Akademik Palsu

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Biro Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO serta Kesatuan Pelajar Malaysia hari ini mendesak agar pihak polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan tindakan penipuan terang-terangan daripada menteri yang menggunakan dokumen palsu bagi mempengaruhi rakyat dan mendapatkan kedudukan tertentu. Pada masa yang sama mereka turut menuntut agar pemimpin yang menipu kelulusan akademik supaya meletakkan jawatan serta merta tanpa […]

» Read more

Pemuda UMNO, PAS Pusat Sebulat Suara Tubuh Jawatankuasa Khas

SEMENYIH, 10 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini melakar sejarah tersendiri apabila sebulat suara bersama Dewan Pemuda Pas Pusat bagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk mewujudkan kerjasama politik di antara blok parti pembangkang khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih pada 2 Mac ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama yang melibatkan Pemuda Ikatan […]

» Read more
1 118 119 120 121 122 310